Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gosip Lisdawati Hamil Lima Bulan?



Kalau betullah Lisdawati dah hamil, tahniah! Semoga terus sukses dengan cahaya mata baru nanti.

SIAPA kata rumah tangga Lisdawati dengan suaminya Fauzi Nawawi berantakan? Cik Normah sendiri pun kurang percaya dengan khabar angin itu sebab setahu Cik Normah pasangan ini cukup bahagia.

Kadang kala cemburu juga Cik Normah mendengar cerita Lisda yang bahagia dengan suaminya yang penyayang itu.

Maklumlah Cik Normah sudah lama berumah tangga tapi bukanlah Cik Normah tak bahagia tetapi bibit cinta antara Cik Normah dan suami tidak sama seperti Lisda. Iyalah manusia ini berbeza tetapi Cik Normah yakin tak ramai lelaki yang baik macam Fauzi, bukan saja seorang suami yang baik tapi juga pandai memasak dan cerita Lisda pada teman Cik Normah suaminya juga pandai mengurut. 

Dia juga tak suka tengok Lisda susah payah buat kerja rumah dan lebih suka jika isterinya duduk berehat saja. Nah, sudah jelas betapa rumah tangga yang dilayari Lisda dan Fauzi begitu indah sekali, siapalah yang tak bertanggungjawab buat fitnah mengatakan pasangan itu sudah berpatah arang berkerat rotan?

Mengukuhkan lagi bahawa khabar angin itu hanyalah fitnah semata-mata apabila Lisda disahkan kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua. Berseri-seri wajah Lisda sewaktu menceritakan kepada teman Cik Normah khabar gembira yang mengejutkan dirinya sendiri. Melihatkan perut Lisda, Cik Normah sendiri tak perasan yang dia sebenarnya mengandung lagi.

Pelakon itu yang ditemui pada majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre, dua hari selepas majlis pelancaran telefilem Buih-Buih Cinta, dia terasa badannya lain macam. Lalu dia pergi berjumpa doktor untuk periksa apa yang patut. Rupa-rupanya doktor mengesahkan yang dia memang mengandung dan usia kandungannya sudah pun masuk lima bulan setengah. Terkejut Lisda dibuatnya sebab dia tak kena sebarang alahan dan kebetulan dia pun menyusukan bayi sulungnya yang berusia setahun lapan bulan sepenuhnya, jadi dia tak rasa langsung tanda-tanda itu.

Wah tahniah Cik Normah ucapkan pada Lisda kerana bakal menimang anak kedua yang dijangka lahir awal November nanti. Kepada orang yang cemburukan Lisda, selepas ini jangan buat tuduhan melulu, tengok Lisda kini sedang mengandung lima bulan jadi selepas ini sebelum nak buat sebarang fitnah, silalah berhati-hati. Kasihan pada Lisda dan bayi yang dikandungnya itu. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fauzi Nawawi, Pelakon Orang Minyak Pergi Kelab Dangdut?
  • Gambar Ziana Zain Hamil
  • Gambar Lisdawati di Anugerah Juara Lagu Ke-26
  • Dato’ Siti Nurhaliza Buat Pregnancy Tests?
  • Marion Caunter Hamil
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Hafiz AF7 dan Adira AF8 Mengaku Bercinta
  • Petua dan Tips Rumahtangga Lisdawati dan Fauzi Nawawi
  • Jawapan Trivia: Perut Berisi Nora Danish
  • Suria Di Cordoba di Astro Prima



  • Satu Komen untuk entri “Gosip Lisdawati Hamil Lima Bulan?”

    1. Ntahla.. kata:

      Biasela tu….kdg2 org mmg x boleh tgk kite sng or bahgia…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK