in

Gambar Remy Ishak di Karnival Inspirasi TV3

Masa bertamu di Karnival dan Konsert Inspirasi TV3 Sabtu lalu, Budiey ada bertemu dengan pelakon yang pernah digandingkan dengan Ummi Nazeera dalam drama Awan Dania, Remy Ishak.

Dikatakan dulunya, Remy Ishak dah pun putus cinta dengan Ummu Nazeera selepas digosipkan hangat bercinta. Namun pada masa yang sama, Remy Ishak juga ber’kawan baik’ dengan Nurul Huda Hamidon semenjak mereka bekerja di hotel Mandarin Oriental. Kalau nak tahu, Remy pernah kerja di bahagian room service dan Nurul ni pula bekerja di front office di hotel yang sama. Ikut pada ceritanya, pelakon Nur Kasih ni bercinta dua wanita dalam pada masa yang sama. Takkan nak bercinta dua orang sekaligus, jadi timbul citer dikatakan Remy Ishak ni curang dengan kekasihnya, Nurul Huda.

Padahal, mengikut kata Remy, masa tu, dia dan Nurul dalam peringkat nak kenal hati budi sahaja. Belum lagi bercinta.

Itu cerita lama. Citer terbaru, korang jangan lupa untuk tonton Remy Ishak dalam drama Nur Kasih. Dalam drama arahan Khabir Bhatia ni, Remy Ishak berpeluang untuk terbang ke empat buah negara Arab Saudi, Indonesia, Australia dan India untuk sesi pengambaran. Memang seronok sebab ini pertama kali Remu Ishak dapat lihat negara orang.

Remy Ishak

3653508399 A0D0Ee96A1 | 4

3653507457 C6937C9Bc9 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sitkom Senario Musim Baru di TV3

Gosip Lisdawati Hamil Lima Bulan?