in

GEISHA Lancar Album Meraih Bintang

GEISHA & MERAIH BINTANG [2011]

PELANCARAN GEISHA ‘MERAIH BINTANG [2011]

Dengan mempertaruhkan album sulung mereka, Anugrah Terindah, band Geisha dari Pekanbaru, Sumatera yang ditubuhkan oleh Momo (vokal), Roby (gitar), Nard (bass), Dhan (keybord) dan Aan (drum) berjaya menempatkan diri mereka sebagai pendatang baru yang bersinar pada tahun 2009 dan 2010 di Indonesia dengan single mega hit mereka, Jika Cinta Dia.

Tugas besar Geisha kini adalah rangka promosi album kedua mereka. Album yang kekal bawah naungan Musica Studio secara rasmi diteribtkan pada Mac 2011 dengan judul Meraih Bintang (2011). Kekal bekerjasama dengan penerbit album sulung mereka iaitu Noey, album kedua masih mengekalkan irama pop dengan sentuhan rock, ‘easy listening’ dan ‘catchy’.

Untitled1

Single pertama mereka iaitu ‘Cinta dan Benci’ dipilih untuk memperkenalkan album kedua Geisha untuk peminat mereka. Komposisi menawan ini bermula dengan piano dan iringan gitar akustik yang begitu indah. Kekuatan vokal Momo yang baik dalam susunan yang indah membuatkan lagu ini lebih mudahditerima pasaran.
Masih dalam tema cinta serta adunan sebati vokal Momo, lagu ini diyakini akan menyentuh hati semua yang mendengar.

Komposisi ‘Cinta dan Benci’ memberi seribu satu erti kepada seluruh anggota Geisha. Sentuhan gitar daripada Roby di pertengahan lagu menyerikan single pertama mereka ini. Begitu juga dengan lagu ‘Remuk Jantungku’ yang turut diangkat sebagai pilihan.

Menerusi lagu seperti ‘Cukup Tak Lagi’, ‘Aku Bukan Mereka’, dan ‘Ku Menyerah’, Geisha mengenengahkan elemen bertenaga dengan susunantema yang menarik. Ketiga-tiga lagu ini mempunyai potensi untuk menjadi lagu unggul, apatah lagi memiliki daya ledakan yang sama tinggi untuk dimainkan secara langsung di pementasan.

Jangan remehkan ‘Kenangan Hidup’, lagu dalam irama sedikit berbeza dengan lagu lain. Begitu juga dengan lagu seperti ‘Sedari Dulu’ dan ‘Hatiku Bicara’ yang menggunakan pendekatan sama. Susunan secara mendalam menerusi lagu ‘Pergi Saja’ membawa irama lebih segar memberikan warna berbeza, selain lagu penutup berjudul ‘Kerana Mu’ yang hebat dengan intro dentingan piano.

11 lagu yang terangkum dalam album kedua Geisha dilihat sebagai pemangkin untuk membuktikan Meraih Bintang [2011] dan Geisha bukan sekadar band yang hanya dapat menghasilkan hasil terbaik dalam album pertama sahaja. Album ini menjadi bukti Geisha mampu menjadi idola semula pada tahun 2011 di Indonesia dan di peringkat antarabangsa.

PELANCARAN SECARA LANGSUNG MENERUSI ‘ONLINE’
PELANCARAN album Geisha- Meraih Bintang [2011] telah diadakan secara langsung menerusi ‘online’ pada Khamis, 31 Mac 2011. Peminat boleh melayari pelancaran ini menerusi laman sesawang www.musikkamu.com bermula jam 7.30 malam waktu tempatan.

Pastikan anda tidak ketinggalan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Filem Nur Kasih The Movie Tanpamu Sabhi Saddi & Helena

Seri Bayu Meninggal Dunia