in ,

Lagu Filem Nur Kasih The Movie Tanpamu Sabhi Saddi & Helena

Budiey rasa ramai yang dah tahu, filem Nur Kasih The Movie menunggu untuk tontonan umum. Tak lama je lagi kita akan tonton filem lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Mia Sara Nasuha dan ramai lagi ini di pawagam. Budiey diberitahu, Nur Kasih The Movie akan menemui penonton mulai 19 Mei 2011.

Poster Nur Kasih The Movie pun dah terpampang di sana di sini. Begitu juga dengan lagu-lagu runut yang semuanya best-best telah pun berada di Youtube untuk tontonan ramai. Antara video klip yang Budiey dah tonton ialah lagu runut yang berjudul Tanpamu dendangan Sabhi Saddi duet bersama Helena, seorang penyanyi dari Indonesia.

Lagu hasil ciptaan Andrew Damako ini memang sedap didengar. Touching, romantik dan sesuai untuk tema filem ini yang bakal menyentuh hati. Lagu ini pasti ada kena mengena kisah cinta Adam dan Nur serta Aidil dan Alia. Tak pasal-pasal ada yang jiwang karat pulak dengar lagu ni. Budiey pasti, kalau lagu ini meletup, nama Sabhi Saddi akan naik. Tak lupa, shot-shot beberapa scene menarik dari filem arahan Khabir Bhatia ini tak mengecewakan. Semua cantik-cantik. Budiey rasa, kalau korang tengok video muzik lagu Tanpamu ni, mesti tak sabar nak tengok filem ni.

Sekali dengar, suara Helena ni sebijik macam suara Siti Sarah. Tak caya cuba dengar.

Selain dari poster dan juga iklan billboard, Grand Brilliance selaku penerbit dan pengedar filem ini sedang giat mengadakan promosi untuk melariskan filem ini. Antaranya, peraduan di Facebook Fanpage Nur Kasih The Movie di mana korang boleh menyertai peraduan yang memberikan hadiah-hadiah seperti iPad dan tiket percuma. Jom join!

LIRIK LAGU TANPAMU

Tanpamu – Sabhi Saddi & Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Chorus

Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Poster Nur Kasih The Movie

Poster Nur Kasih The Movie

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. X sabau nak tengok cite nie! Ye la mcm Siti Sarah tapi Sarah lagi best kut pastu apsal penyanyi lelaki ni suara sengau gile? Tak sedap la.

  2. Oh ya lebih best? Helena ni finalis indonesian idol dan yg gw tau rata2 kluaran Indo idol adl pnynyi brkarkter tdk mngndalkn lengkingn suara tp lebih pd rasa dan dinamika, entahla pnilaian msng2 orng tp sjujurnya gw cuma suka pnynyi yg brnynyi betul2 dari hati

  3. Salam Budiey,

    Kenapa saya rasa lagu tema “Nur Kasih” – TANPAMU ciptaan Andrew Damako ni mcm lagu tema “Winter Sonata”? Cuba dengar intro.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sunsilk Revolutionises Hair Care with Nanotechnology

GEISHA Lancar Album Meraih Bintang