Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Wan Sharmila di Pelancaran Single Terbaru Naizle



Kini Wan Sharmila kembali solo setelah bercerai dengan bekas suami, penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom sebulan yang lalu. Mereka bercerai talak satu secara damai. Solo-solo pun, Wan tetap laku. Kat TV sekarang, drama Tari Tirana sedang ditayangkan. Dapat respon yang baik dari penonton.

Budiey ada terdengar gosip mengatakan perceraian berpunca dari orang ke-3. Siapakah orang ke-3 yang dimaksudkan tu, tak dapat dipastikan. Wan pun tak nak komen apa-apa pasal gosip liar tu.

Wan Sharmila ditemui masa Budiey hadir di Pelancaran Single Terbaru Naizle di Restoran Intai-Intai baru-baru ini. Hadir dengan pakaian yang simple, berkaca mata dan mengenakan solekan yang nipis, Wan tetap ceria melayan peminat untuk bergambar.

Bagi penggerak utama drama Tari Tirana ini, bercerai bukan bermaksud kita gagal. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Wan tak serik untuk berkawan dengan lelaki. Pengganti pun masih belum ada. jadi, sekarang, Wan betul-betul nak tumpukan kepada dunia lakonan.

Oleh kerana drama Tari Tirana masih berbaki 6 episod lagi, Wan Sharmila begitu fokus dengan drama ini walaupun ada tawaran lain yang datang. Katanya, habis shooting drama ini, barulah Wan dapat ambik offer untuk berlakon dalam drama yang lain pula.

Wan dulunya pernah menjadi penari di Yayasan Warisan Johor, jadi tak hairanlah Wan dapat menari dengan baik. Kalau nak tahu, Wan juga menjadi penari latar untuk persembahan Noraniza Idris, menerusi lagu Hala Timur di AJL.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Naizle di Sidang Media Pertama ABPBH2009
  • Peraduan Makan Malam Bersama Naizle di Restoran Intai-Intai
  • Wan Sharmila Jatuh Patah Gigi Masa Program Ewah-Ewah
  • Sekitar Pelancaran Video Muzik Pendeta NAIZLE
  • Sekitar Pembikinan Muzik Video PENDETA Naizle
  • Gambar Wan Sharmila di Anugerah Skrin 2009
  • Pelakon Wan Sharmila Bercerai Talak Satu
  • Majlis Pelancaran Single Album In Heart Hari Ini
  • Sekitar Sambutan Hari Jadi Stacy Ke-19
  • Gambar Heliza di Majlis Pelancaran Heliza Helmi Productions & Pelancaran Single Baru



    • Hamba Allah

      Betul tu…bercerai bknlah gagal 100% dlm kehidupan. Ambillah hikmah atas apa yg berlaku. For Sharmila…teruskan usaha. Saya suka cara awak menghayati watak. Dari Kisah Kaisara hinggalah Tari Tirana. Chaiyok2. Semoga awak menemui cinta sejati lps ni….amin.

    • http://tyrazaty@yahoo.com DEARzaty

      huhh.., makin cute ah pulak wan sharmila nie lorhh.. !! hehehe… :)



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK