in ,

Penyanyi Muda Teruja Menanti Anugerah Juara Lagu 24

Hujan lebat betul semalam di sekitar Lembah Klang. Jalan jammed sebab ada acara apa ntah kat Bukit Bintang, baju T yang Budiey pakai tu basah kuyup, sekali kali tidak menghalang untuk mencari bahan baru untuk mengisi entri di blog yang akan menyambut ulangtahun ke-3 tidak lama lagi.

Jam 8 malam, Budiey sampai di Rootz Club di mana dulunya pernah diadakan Pelancaran Album Tahajjud Cinta – Dato’ Siti Nurhaliza kat sini… kenangan indah gak tu hehe. Majlis tak bermula lagi. Tapi Budiey sempat mengambil gambar penyanyi-penyanyi muda yang bakal berentap di AJL pada 10 Jan 2010 nanti.

Rata-rata mereka ni tak sabar dan teruja nak perform sehabis mungkin. Yela, ini kali pertama bagi mereka memijak kaki ke pentas AJL. Orang kata, rezeki jangan ditolak. Sekali dapat, mereka takkan lepas peluang keemasan untuk membantu komposer lagu itu dengan menyampai dengan gaya dan cara yang dikehendaki.

Gamaknya, tema semalam adalah hitam kerana rata-rata selebriti mengenakan pakaian hitam. Antara selebriti yang Budiey temui sebelum majlis berlangsung ialah….

Akim bengang dengan seseorang. Ooo, itu dulu, sekarang tak lagi.

yuna

Dan Sebenarnya… antara lagu yang dikatakan akan menang besar!

Budiey suka dengan gaya dan imej Alyah. Sangat elegan!

Stacy yang selalu tampil ranggi. Dah jemput Stacy ke Parti Budiey.com nanti. Tp masih tunggu jawapan.

Black! Generasi Hebat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wan Sharmila di Pelancaran Single Terbaru Naizle

Aksi Romance Twilidi Anugerah Juara Lagu 24