Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sharlinie: Lelaki Kucing, CSI dan Mayat Hidup



Penjenayah Sharlinie Peminat CSI?
Kini, nasib Sharlinie Binti Mohd Nasyar bergantung kepada seorang penjenayah yang sebelum ini dikenali sebagai ‘lelaki kucing,’ tetapi dengan penemuan anak patung yang paling baru, penjenayah ini boleh diprofilekan sebagai seorang yang bijak dan pintar kerana dari modus operandinya, dia telah melakukan jenayah dan meninggalkan kesan seperti salah sebuah episod di dalam cerita forensik popular, CSI yang telah ditayangkan di televisyen.

Jika episod di dalam siri CSI, penjenayah meninggalkan model tempat kejadian dan cebisan gambar anak patung, tetapi dalam kes Sharlinie, dia telah meninggalkan dua anak patung sebagai petunjuk atau ‘trademark’ kepada jenayah yang dilakukan. Jika benar dia juga terlibat dalam kes Nurin Mohd Jazeline, spekulasi berkaitannya begitu kuat dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ini kerana, penjenayah yang sakit jiwa seperti ini cukup berbangga dengan jenayah yang dilakukan. Memang ada kajian dari pakar jiwa yang mengaitkan hubungan sesuatu jenayah dengan apa yang pesakit jiwa atau penjenayah itu lihat.

Mungkinkah dia menjadikan CSI sebagai ‘bible book’ untuk dia melakukan jenayah dan jika benar, maka dia cukup pintar dan membahaya. Pihak berkuasa tidak boleh lagi hanya mengikuti jejak jenayah yang dia lakukan, tetapi perlu selangkah ke hadapan bagi memberkasnya.

Mungkin kedengaran lucu, tetapi, mungkin pihak berkuasa perlu melihat dan mengkaji jenayah yang dilakukan dalam CSI untuk memastikan apa tindakan selanjutnya yang akan ‘lelaki kucing’ ini lakukan, kerana mungkin itu sahaja jalannya.

Kita harus berdoa, semoga Sharlinie ditemui dalam keadaan sihat dan ‘lelaki kucing’ yang meminati CSI ini dapat ditangkap, dan sehingga itu kita perlu berwaspada kerana inilah masa yang cukup sukar bagi kita khasnya dan rakyat Malaysia amnya dalam menghadapi suasana yang penuh ketakutan bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Sekiranya Sharlinie mati, maka hanya kini gambar mayatnya dan jasadnya akan dicari. Semoga pencarian ini akan menemui satu jalan bahagia buat ibu bapa Sharlinie. Kembalikan Sharlinie!

Kini 200 orang polis sedang mencari dari rumah ke rumah di Petaling Jaya. Lebih 9 ribu rumah telah pun diperiksa.

[tags]kes Nurin Mohd Jazeline, gambar mayat sharlinie, Sharlinie Binti Mohd Nasyar, sharlinie ditemui, meet sharlinie, csi, drama cartoon, wad sakit jiwa, psiko, perogol bersiri, lelaki kucing, cat man, cat woman, bible, isu kristian, sharlinie dead, death fury, celcom, gambar mayat nurin[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di LOAF Grand Ceremony
  • Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel
  • Mati atau Hidup Adik Sharlinie?
  • Raya Ke-4: Momok The Movie
  • Gambar Siti Nurhaliza di Real Undergraduate Conference 2008
  • Sinopsis Filem Anak Lakonan Erra Fazira & Ida Nerina
  • DAPATKAN ALBUM AMRA DI PASARAN
  • Gambar Suspek Pembunuh Nurin Jazlin
  • Tayangan Menarik TV9 Sepanjang April
  • Sinopsis Momok The Movie



    • hamba Allah

      assalaamualaikum..saya ingin memberitahu bahawa 2 hari lepas saya bermimpi bertemu tempat sharlinie ditempatkan.tetapi tempat itu tidaklah terlalu spesifik.3 kali mimpi ini datang setelah saya berdoa pada Allah..tempat itu dikawasan lapang yang bertar seakan tmpt parking kereta yang tidak digunakan lagi.disitu terdapat rumah kosong@usang.disebelah tmpt kwsn lapang itu terdapat parit konkrit..tempat itu pada firasat saya sekitar selangor@kuala lumpur..dalam mimpi itu kawasan parit dan rumah agak lama dalam mimpi saya..jika terdapat sebarang kesalahan saya mohon maaf..dalam mimpi itu saya hanya berniat baik untuk membantu kes kehilangan adik sharlinie..semoga Allah melindungi adik Sharlinie dunia dan akhirat..

    • amin

      saya bercadang agar penjenayah 2 dihukum sebat di tangannya kepala dan semua tempatlah di sebat rejam sampai dalam kubur tak guna punya penyamun aku punya budak 2

    • org yg kesedihan

      saya bersimpati pada ibubapa anak ini,,banyak-banyakkan lah bersabar,,kita sama-sama berdoa agar seperkara ini tadak berulang lagi..
      kemungkinan hari akan datang dan seterusnya malaysia menjadi tempat yg selamat dan aman dari segala ancaman manusia yg tidak keperimanusiaan..amin

    • fifiey

      sye trut sdih ats kmatian nurin.wt fmily nurin,hrp sbr trima dugaan…………

    • http://www.snjohor.webs.com yasir

      Assalamualaikum, saya memerlukan alamat email atau nombor telefon ibu bapa sharlini….. saya mempunyai maklumat berhubung kes ini, lokasi dan nama penculik juga telah dikenal pasti… kepastian saya ini ialah 80% tepat.

      Berkemungkinan ibu bapa sharlini telah menggunakan pelbagai cara untuk mencari anak mereka, rasanya tidak salah untuk mereka mencuba lagi.

      Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat yang saya perlukan sila smskannya di:

      017-7144234.

      Maklumat ini diperolehi dari seseorang yang kami percayai sejak sekian lama, dan maklumat ini amat sulit serta tidak boleh di khabarkan kepada umum.

      Penculik adik sharlini bukanlah sebarangan orang…

    • http://www.snjohor.webs.com yasir

      Apa yang pasti ialah dia masih hidup

    • amalina izzaty

      saye arap dia x pape..
      amin..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK