Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Ning Baizura & Kartika dalam filem Diva



Suka saya membawa anda menyorot kembali filem-filem lakonan Ning Baizura sebelum ini. Pada tahun 1997, Ning Baizura telah berlakon dalam Gemilang, seterusnya 1998 Ning ada terlibat dengan Maria Mariana 2, seterusnya filem Bara dan filem Burung Besi pada tahun 1999. Tahun 2000, Ning muncul dalam filem Mimpi Moon. Empat tahun Ning berehat dari dunia lakonan sehingga tahun 2005, Ning muncul sebagai watak utama dalam filem Lady Boss. Terbaru, Ning muncul sekali dalam filem Diva memegang watak Kartika. Soalnya, apakah mutu lakonan Ning semakin meningkat atau sama seperti apa yang beliau lakonkan sebelum ini?

Saya kira lakonan Ning sudah sebegitu gayanya. Cara Ning membawa dirinya ketika dalam layar seolah satu imej yang itulah gaya Ning. Cara dia bercakap, cara Ning bergerak, cara Ning bawa karakter dan cara Ning menghafaz skrip. Sukar untuk saya menilai kerana lakonan Ning yang memang sebegitu. Dalam filem DIVA, Ning menyelongkar watak seorang diva yang sudah ‘senja’ dalam populariti dan dalam masa yang sama Kartika ingin bangun bersama sebuah kumpulan remaja. Ning nampak lebih matang sedikit terutama ketika membawa watak perempuan yang dilanda masalah dan konflik jiwa. Adegan airmata dan saat-saat akhir menentang maut, agak ‘menjadi’ lakonan Ning. Memang ada touching di minit terakhir filem ini. Oleh kerana watak Diva agak tidak susah untuk Ning realisasikan kerana Ning sudah pun ada ciri-ciri tersebut kerana realitinya Ning hidup dalam dunia penuh glamour. Cuma saya kira dalam plot penceritaan untuk Kartika pada penghujung, Ning perlu belajar bagaimana membawa watak perempuan yang lemah menghadapi kematian. Juga konflik Kartika dengan kumpulan Jiwa yang bermasalah memaksa watak Kartika lebih mendalami emosi yang begitu mencabar buat Ning.

Semalam, saya menghadiri Majlis Pra tonton Media filem Diva di GSC Mid Valley. Tidak ramai selebriti yang datang. Hanya pelakon utama, Ning Baizura, Jessica dan Awal Ashaari yang hadir. Mungkin ramai pelakon akan datang pada Malam Gala filem ini yang diadakan di Cineileisure Damansara pada malamnya. Saya sempat ke sana untuk mengambil gambar selebriti yang hadir. Meriah, merah dan cerah! Tiga perkataan yang mampu saya berikan untuk menggambarkan suasana Malam Gala Filem Diva.

[tags]Lirik, Lagu, Filem Diva, Mithoon, Loloq, Sahimi, Bintang Impianku, Lagu runut, soundtrack, download mp3, torrent, cetak rompak, lagu original, Ning Baizura, Lirik, Lagu, Filem Diva, Aishwarya Rai, Loloq, Sahimi, Bintang Impianku, Lagu runut, soundtrack, download mp3, torrent, cetak rompak, lagu original, gambar, foto[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ning Baizura & Omar Sharif Bertunang
  • Gambar Ning Baizura di Hi Tea 5Star ABP2010
  • Sinopsis Filem DIVA
  • Gambar tunang Ning Baizura, Omar Sharif Christopher Layton Dalton
  • Ning Baizura Jadi Puteri Gunung Ledang Dalam Filem Magika
  • Gambar Omar Sharif & Ning Baizura Selamat Bertunang
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar Ning Baizura di Kempen Sydney AirAsia X
  • Gambar Ning Baizura di Malam Universal & Showcase 2011
  • Gambar Foto Majlis Ning Baizura Bertunang



  • 3 Komen untuk entri “Gambar Ning Baizura & Kartika dalam filem Diva”

    1. shah aleanz kata:

      lebornye mulut…..masuk lalat kang…..

    2. Azman Daud Khan kata:

      Asalammualaikum ‘YAALAH bahagiakan pasangan ini higga akhir hayat limpahlah rezeki sebagaimana yang kau kurniakan kepada emy serch amin’

    3. padijantan kata:

      Sebuah filem pendek akan di pertontonkan dalam masa terdekat ini yang mengikaskan isu sensasi yang akan menemplak pihak tertentu berkenaan isu Kartika Sari Dewi Sukarnor.

      Sejahuh manakah proses pembikinan filem pendek ini berjalan dan apakah Objektif serta Matlamat yang akan disampaikan…?

      Sama-samalah kita nantikan saat-saat kemunculannya…

      Kebanyakan fakta yang di sebut dan di ulas berkenaan isu Kartika Sari Dewi Sukarnor, boleh di katakan jauh berbeza dari apa yang beliau sendiri sampaikan sama ada dari “verbal” mahu pun “non verbal” yang tidak di fahami oleh pengamal-pengamal media masa kini.

      Dengan pendekatan konsep 1 Malaysia sebuah filem pendek karya dan arahan padi jantan http://padijantan.blogspot.com( http://www.youtube.com/pad1jantan ) & ( http://www.worldtv.com/padijantan ) akan di terbitkan bagi menyampaikan message Moral dan Hikmah sesuatu yang di takdirkan Allah kepada hambanya.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK