in ,

Konsert Ning @ KL Live Ning Baizura

Penyanyi terkenal Ning Baizura memilih konsep bunga pada konsert Ning @ KL Live yang akan pada 2 Disember depan di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Konsep Bunga dipilih kerana perkataan bunga itu sendiri memberi banyak inpirasi dalam hidup dan perjalanan kerjayanya selema 18 tahun dalam industri seni.

Ning Baizura

Projek [email protected] LIVE ini adalah dianjurkan sendiri oleh syarikat milik Ning iaitu HappeNings (M) Sdn Bhd. Ning Baizura merupakan Pengarah syarikat HappeNings (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tanggal Oktober 2007. Ia menandakan detik permulaan bagi karier solo Ning, di mana Ning mengurus dan membina kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan wanita yangberjaya. Ning Baizura terkenal dengan aksi persembahannya yang bertenaga! Wow, tahniah untuk Ning Baizura dan Budiey kira konsert ini amat dinantikan dan pastinya mendapat perhatian dan sokongan dari peminat Ning Baizura.

“Pemilihan konsep ini adalah secara kebetulan apabila dicadangkan oleh seorang jurugambar selepas melihat gambar-gambar saya yang banyak menggunakan elemen bunga. Album pertama saya Dekat Padamu juga menggunakan bunga sebagai kulit album, pada saya bunga merupakan konsep terbaik untuk konsert tersebut,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Ning @ KL Live, di sini, Khamis.

Tambah Ning, konsert berdurasi dua jam setenggah itu akan dibahagikan kepada lima segmen iaitu segmen bunga teratai, bunga matahari, bunga jasmin, bunga mawar dan bunga orked.

Ning Baizura

Ning Baizura juga berharap konsertnya kali ini mendapat penaja utama di mana sehingga kini, masih tiada lagi penaja utama untuk konsert ini.

Konsert [email protected] Live ini diterbirkan sendiri Ning Baizura, Chris Dalton sebagai Penerbit Eksekutif, Aylwin Santiago (Pengarah Produksi & Pengarah Muzik), Anthony Chow (Jurutera Bunyi), Raja Malik (Pereka Pentas), Penaja – Tiada Penaja Rasmi, Penaja Bersama iaitu Medishape, Universal Music & Hotel Seri Pacific, KL, Stesen Radio Rasmi, ERA FM akan melancarkan pertandingan pada minggu 21hb Nov sempena Konsert Ning.

“Saya memberi nama segmen-segmen ini dengan nama pelbagai jenis bunga yang menggambarkan darah yang mengalir dalam badan saya. Contohnya bunga teratai menggambarkan darah Melayu, bunga matahari melambangkan darah Cina, bunga jasmin melambangkan darah India, mawar sinonim dengan darah Arab dan Jawa, dan bunga orked melambangkan darah Belanda,” tuturnya.

Kata Ning, konsert itu juga dianggap sebagai hadiah kepada peminat-peminat selepas kali terakhir beraksi di Konsert Teguh pada 1996 di Stadium Negara.

“Ramai peminat saya yang selalu bertanya tentang konsert ini, jadi konsert ini sebagai satu hadiah kepada mereka. Dalam konsert tersebut akan menceritakan perjalanan seni saya selama 18 tahun dalam bidang ini dan saya berharap peminat akan terhibur dengan persembahan saya pada konsert itu nanti,” jelasnya.

Selain itu, Ning bakal menyanyikan lebih daripada 20 buah lagu popular yang telah dinyanyikan sepanjang perjalanan seninya dalam industri muzik dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket boleh dilakukan dengan melayari laman web www.tickethotline.com.my pada harga bermula RM150 hingga RM375.

Artikel Kredit: www.mstar.com.my
Foto kredit: ning-baizura.com

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Profile Ning Baizura
Ning terjun ke bidang komersial pada tahun 1992 dan menjadi artis rakaman di bawah beberapa label antarabangsa (Sony, BMG, AMS Records Japan, Warner
Music Group, dan bermula pada bulan September 2008 di bawah label Muzik Ning sendiri (HappeNings records), di mana Ning telah merakamkan beberapa lagu berentak Pop, Souls, dan R&B. Pencapaian Ning di dalam bidang muzik termasuklah 10 buah album studio (tiga daripadanya dirakamkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya), serta beberapa album kompilasi, anugerah industri dan beberapa lagu single yang telah berjaya menjuarai carta-carta muzik Malaysia. Ning juga telah mewujudkan HappeNings Sdn Bhd pada September 2010, khusus untuk mengendalikan urusan karier solo Ning bagi persembahan secara langsung, pengurusan artis, projek filem dan TV. Semenjak itu, Ning telah pun meluaskan kerjaya nya ke bidang pengurusan Produksi TV Ning sendiri untuk keluaran stesen RTM dan stesen TV lain. Bersama-sama dengan suami, Chris Dalton, serta rakan perniagaan, Aylwin Santiago, Ning merancang untuk menjadikan HappeNings di tangga teratas dalam industri muzik dan pengurusan acara.

Profile Chris Dalton (Omar)
Chris lahir dan dibesarkan di England. Chris memegang Ijazah Muda Sains Geologi dari Universiti Wales, dan Master Sains dalam Geologi Petroleum dari Universiti Aberdeen. Chris telah menetap dan bekerja di beberapa negara merentasi seluruh global semenjak beliau memulakan kerjaya di luar pelabuhan pelantar minyak dalam industri minyak dan gas pada tahun 1996; bekerja dan menetap di negara-negara seperti Columbia, Kazakhstan, Venezuela, Egypt, Timur Tengah, USA dan sekarang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur sejak tahun 2004. Kepelbagaian latar belakang ini telah memberi kelebihan kepada Chris untuk berkomunikasi dan menghargai budaya masyarakat berbilang kaum dan bangsa. Chris ketika ini menetap di KL bersama isterinya, Ning Baizura. Kerjaya beliau sebagai Pengurus Penasihat Serantau Halliburton telah memberikan pengalaman kepadanya dalam mengurus dan menjalankan sesuatu perniagaan. Cita-cita Chris seterusnya adalah untuk bersama isterinya, Ning, dalam menjadikan HappeNings salah satu label teratas di dalam industri muzik dan pengurusan acara.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tune Hotel Ipoh Perak

Suasana Retro Ceria di Hotel Re! Singapura