in

F&N Lancar 5 Perisa Baru Segar F&N Fruit Tree

Promosi F&N Fruit Tree Juicy Wins mendapat sambutan hangat

Promosi sehari F&N Fruit Tree Juicy Wins yang diadakan di kedai-kedai 7-Eleven selama dua jam baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat. Beribu-ribu pengunjung telah mengunjungi kedai-kedai 7-Eleven terdekat bagi mencuba nasib untuk memenangi RM500 wang tunai!

Acara ini yang diadakan serentak dari jam 12 tengahari hingga 2 petang di 10 kedai 7-Eleven terpilih di Lembah Klang adalah sempena pelancaran produk terbaru serba semulajadi daripada F&N Fruit Tree.

F&N

F&N Fruit Tree akan membuatkan anda berfikir bagaimana minuman sebegini enak boleh membawa kebaikan untuk tubuh badan anda. Bukan itu saja, F&N Fruit Tree juga padat dengan kebaikan semulajadi buah-buahan, antioxidan dan Vitamin A, C dan E.

F&N Fruit Tree mempunyai 5 perisa enak yang sangat sedap ya. Iaitu perisa Oren bersama isi, Laici, Blackcurrant, Epal dan Mangga yang merupakan kegemaran para pengguna Malaysia. F&N Fruit Tree adalah satu-satunya jenama yang menampilkan kesemua lima perisa dalam pek botol.

F&N

Budiey sempat menemuramah beberapa pengunjung. Rata-rata semua kata F&N Fruit Tree ni sedap:

“Saya sangat gembira mendapat sebotol F&N Fruit Tree Oren. Saya suka rasa oren yang tulen dan semulajadi, terutama sekali dengan isi oren segar. Saya tak sabar lagi untuk mencuba perisa-perisa lain, tentu sedap.” – Cik Cindy Chua dari Damansara Uptown.

En Johan Aziz amat gembira kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang RM500 yang tunai.

“Bukan setiap hari anda dapat menang RM500 dengan melakukan sesuatu yang seronok. F&N Fruit Tree Apple memberikan nikmat sebenar tetapi memenangi RM500 adalah satu bonus. Saya rasa saya akan lebih kerap keluar makan tengahari.”

F&N

Penyelidikan menunjukkan jus merupakan salah satu kategori yang paling cepat berkembang di Malaysia. Semakin ramai pengguna memilih jus sedia-diminum kerana rasanya enak, mempunyai kebaikan semulajadi dan mudah dibawa kemana sahaja.

Para pengguna hari ini memilih produk-produk yang mengekalkan kesegaran dan kualiti rasa buah-buahan. Elok juga untuk diminum semasa berbuka puasa. Dengan pengenalan lima jenis jus daripada produk F&N Fruit Tree, para pengguna dapat menikmati rasa buah-buahan yang sebenar, enak, berkualiti yang dipetik daripada kebuh-kebun terbaik di seluruh dunia.

F&N Fruit Tree dihasilkan dengan menggunakan teknologi isian panas yang mengekalkan kesegaran produk dan boleh diminum sejak atau pada suhu bilik. Bukan itu saja, F&N Fruit Tree disahkan Halal oleh JAKIM.

Dengan Fruit Tree Botol, kesegaran jus bertahan lama di samping mengekalkan segala kebaikan semulajadi dan vitamin buah-buahan. Rasa hebat lima perisa yang menyegarkan ini memang tidak dapat ditandingi.

Bagi menceriakan lagi promosi produk ini, seramai 5000 pengguna di Lembah Klang telah diberi kesempatan untuk menikmati jus-jus enak ini menerusi F&N Fruit Tree Juicy Wins. Kempen persempelan ini telah berlangsung bagi memperkenalkan lima perisa baru kepada para pengguna sambil memberi peluang kepada mereka untuk memenangi wang tunai dan pelbagai produk F&N Fruit Tree. Seramai 30 orang pemenang bertuah dari 10 kedai-kedai 7-Eleven yang mengambil bahagian telah memenangi RM500 setiap orang.

Anda juga boleh menyertai peraduan video F&N Fruit Tree Juicy Wins Video Contest. Hasilkan video 20 saat mengenai kehebatan rasa F&N Fruit Tree dan muatnaik ke dalam Facebook. Anda mungkin akan memenangi sebuah Apple iPad dan pelbagai hadiah lain.

F&N Fruit Tree boleh didapati di semua pasaraya, pasar besar dan kedai runcit dengan harga runcit RM2.10 (Semenanjung) dan RM2.30 (Malaysia TImur) bagi pek 350ml (semua perisa) dan RM6.30 (Semenanjung) dan RM6.60 (Malaysia Timur) bagi pek 1.5 liter (Perisa oren dan epal saja). Untuk maklumat lanjut mengenai promosi F&N Fruit Tree 7-Eleven, sila layari www.fruittreejuicywins.com.my atau cari F&N Fruit Tree di Facebook bagi menyertai peraduan F&N Fruit Tree Juicy Wins Video Contest.

F&N

F&N

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Syukur Di Aidilfitri Farina

Rahsia Faradhiya Makin Kurus dan Langsing