in

Filem While You Were Sleeping

Kisah Cinta Sandra Bullock Dan Bill Pullman Dalam Filem While You Were Sleeping Di TV2

Slot Saturday Matinee pada 7 Julai ini, jam 2.00 petang menerusi TV2 menyiarkan filem romantik komedi While You Were Sleeping (1995) arahan Jon Turteltaub yang menyaksikan gandingan pelakon terkenal Sandra Bullock dan aktor Bill Pullman juga Peter Gallagher, Peter Boyle, Glynis Johns, Micole Mercurio dan Jack Warden.

Ia mengisahkan kejadian yang berlaku terhadap Lucy Moderatz (Sandra Bullock) yang kemudiannya tanpa diduga berjaya merubah kehidupannya serta merta. Segalanya bermula pada hari meraikan sambutan Krismas tahun itu, Lucy terlibat dalam kejadian dimana dia menyelamatkan seorang pemuda dikenali sebagai Peter Callaghan (Gallagher).

Kata-kata terakhir Peter yang menyatakan dia akan mengahwini wanita itu sebelum dirinya koma didengari oleh jururawat di hospital. Tanpa cuba mengetahui situasi sebenar, jururawat itu menganggap Lucy adalah wanita bertuah yang juga tunangan Peter. Dia lalu memaklumkan perkara itu kepada keluarga Peter.

Lucy mula panik untuk menjelaskan keadaan sebenar apatahlagi ketika itu dia berdepan dengan nenek Peter, Elsie yang mengidap sakit jantung. Ahli keluarga besar Peter nyata menerima kehadiran Lucy sebagai ‘orang baru’ di kalangan mereka yang kemudiannya membuatkan Lucy berat hati memberitahu kisah sebenar.

Satu hari tanpa diduga Elsie terdengar rintihan Lucy yang rasa bersalah menipu keluarga itu. Meskipun terkejut namun Elsie memujuk Lucy meneruskan hubungan itu kerana peristiwa itu telah berjaya merapatkan hubungan antara ahli keluarganya.

Lucy menghabiskan krismas bersama keluarga itu dan tanpa diduga dia menjalin hubungan baik dengan adik Peter, Jack. Jack sebenarnya curiga dengan hubungan Lucy dan abangnya namun tidak berterus-terang dengan Lucy tentang perasaannya.

Kerap bersama membuatkan antara mereka akhirnya jatuh cinta. Begitu pun pada malam tahun baru segalanya berubah bila Peter sedar dari koma. Peter ingin menerangkan keadaan sebenar namun keluarganya cuba menyakinkan Peter bahawa dirinya amnesia dan minta Peter percaya Lucy adalah tunangnya.

Lucy dan Jack masing-masing serba salah bila keluarga mahu mengahwinkan Peter dan Lucy. Apatahlagi bila hari perkahwinan bakal berlangung, muncul kekasih Peter yang sebenar mahu menuntut haknya ke atas Peter.

Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Filem While You Were Sleeping

Filem While You Were Sleeping

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Recycle Your Phones Save The Turtles

Hot Guys Who Cook