in ,

Filem Songlap Tercalon Di Festival Filem Asia Pasifik FFAP Ke 55

SONGLAP TERCALON DALAM KATEGORI LAKON LAYAR TERBAIK DAN MUZIK TERBAIK DI FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK (FFAP) KE – 55, MACAU

[dropcap]S[/dropcap]ONGLAP merupakan antara lima filem terbaik yang terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke – 55 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 16 Disember depan di Macau.

Menurut Pansha selaku Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Filem Malaysia (PFM), SONGLAP dikatakan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan di persada antarabangsa dan diyakini bakal meraih anugerah di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP).

Selepas berjaya membolot tiga anugerah di Anugerah Skrin 2012 dan Breakthrough Local Feature Award di Shout! Awards, SONGLAP dijangka akan memecah rekod industri perfileman tempatan apabila dicalonkan untuk kategori Lakon Layar Terbaik dan Muzik Terbaik di FFAP 55.

[pullquote align=”right”]Ini selaras dengan misi Grand Brilliance untuk menjadi penanda aras baru di persada seni negara.[/pullquote]

SONGLAP bukan sahaja berjaya memukau penonton di Malaysia tetapi juga telah berjaya menarik perhatian penonton dari seluruh pelusuk dunia. Malahan, sambutan yang cukup memberangsangkan terhadap filem SONGLAP telah membolehkan SONGLAP ditayangkan di persada festival filem antarabangsa yang lain seperti Far East Film Festival ke-14 di Udine, Italy, Asian Pacific Film Festival di Los Angeles, USA, Filmfest Hamburg, Jerman dan Abu Dhabi Film Festival di Emiriah Arab Bersatu.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, selaku pengurus besar Grand Brilliance berkata,

“Saya berasa begitu berbangga SONGLAP dicalonkan di festival ini dan kami amat berharap agar SONGLAP bukan sahaja mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa tetapi juga di Asia yang mana penganugerahannya dianggap cukup bernilai di mata penonton.”

Filem SONGLAP merupakan hasil usahasama antara Grand Brilliance dan Red Films dan di bawah arahan gandingan suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak. SONGLAP mendalami kisah kehidupan dua beradik, lakonan mantap Shaheizy Sam dan Syafie Naswip, yang terjerat dalam kancah sindiket pemerdagangan manusia. SONGLAP telah ditayangkan pada 15 Disember 2011 di seluruh Malaysia.

Tahniah Songlap!

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dazrin Kamarudin di Pelancaran Kelab Peminat Flying D’s

Norton Internet Safety Travel