in

Filem KAWAN-KAWANKU HANTU Zizan Razak di Astro First

Filem “KAWAN-KAWANKU HANTU” kini di Astro First

Sebuah filem komedi alih suara istimewa terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd dan Double Vision Pictures Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, 6 Jun 2012 – Bagi mengukuhkan lagi kedudukan selaku satu-satunya platform yang menawarkan perkhidmatan untuk melanggan filem-filem terkini di pawagan terus ke rumah kediaman di Malaysia, pihak Astro First dengan berbesar hati membawakan sebuah filem alih suara istimewa terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd dan Double Vision Pictures Sdn. Bhd. berjudul Kawan-Kawanku Hantu yang bakal ditayangkan secara eksklusif bermula 7 Jun 2012.

Selain hanya perlu membayar caj serendah RM15 untuk setiap tempahan filem Kawan-Kawanku Hantu menerusi Astro First, para pelanggan juga mempunyai pilihan masa menonton untuk filem ini mengikut keselesaan masing-masing dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

Istimewa lagi, filem alih bahasa Kawan-Kawanku Hantu ini juga telah menggunakan khidmat suara gabungan tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shahira untuk menjayakan filem komedi ini.

Filem KAWAN-KAWANKU HANTU (alih suara BM oleh Zizan Razak) di Astro First:

Filem komedi Kawan-Kawanku Hantu yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Double Vision Pictures Sdn Bhd ini diambil daripada sebuah filem Cina terbitan bersama berjudul Ghost Buddies. Filem Ghost Buddies yang telah ditayangkan di pawagam sejak 10 Mei lalu dibintangi oleh pelakon dan pelawak terkenal dari Singapura; Mark Lee serta pemegang Anugerah Pelakon Hong Kong Terbaik; Maggie Shiu sebagai teraju utama.

Filem ini turut diserikan dengan lakonan mantap oleh pelakon serba boleh dari Singapura; Yao Wen Long, penyanyi dan penerbit; Lenny Ooi, Wee Kheng Ming, pelawak dan penyampai Radio One FM; Lim Ching Miao, Penyampai Radio MY FM; Vivian Tok, artis radio veteran; Chow Kee Moo serta Kelvin Leong.

Menariknya, dialog-dialog yang digunakan adalah sama sekali tidak sama dengan filem Ghost Buddies. Ini merupakan satu cabaran kepada Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shahira untuk menggunakan kreativiti mereka demi memastikan setiap dialog yang diucapkan untuk setiap babak bersesuaian dan mencuit hati tetapi masih mengekalkan jalan cerita asal filem Ghost Buddies.

Astro First juga turut menawarkan dua pilihan istimewa buat para pelanggan yang mana mereka boleh memilih untuk menempah filem ini sama ada dalam versi Bahasa Cina (Hokkien) atau dalam Bahasa Melayu.

Menurut Pengurus Saluran Astro First; Shoba Devi berkata, “Pihak Astro First sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan membariskan filem-filem terkini di pawagam demi memenuhi kehendak para pelanggan kami. Terbaru, kami bawakan pula pilihan sebuah filem alih suara istimewa iaitu Kawan-Kawanku Hantu yang diambil daripada filem asal berjudul Ghost Buddies dalam versi dwi bahasa.

Objektif utama penghasilan versi alih suara bagi filem ini adalah untuk menyesuaikan filam ini untuk tontonan penonton dan pasaran tempatan dengan memberi pilihan kepada penonton seisi keluarga untuk menonton sama ada dalam Bahasa Cina (Hokkien) atau Bahasa Malaysia,” jelas Shoba.

Filem KAWAN-KAWANKU HANTU (alih suara BM oleh Zizan Razak) di Astro First:

Shoba turut menambah, “Kami cuba tampil dengan kelainan dengan menggunakan inisiatif alih bahasa berbanding sari kata kerana selain dapat menyuntik cita rasa tempatan ke dalam filem ini, kami percaya ia juga dapat membuka ruang kepada filem seumpama ini untuk melebarkan capaian kepada kumpulan penonton yang lebih luas di Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd; Gayatri Su-Lin Pillai berkata, “Melihatkan sambutan yang baik terhadap filem Ghost Buddies, kedua-dua produksi Astro Shaw dan Double Vision Pictures mengambil peluang dengan menghasilkan filem alih suara khas buat peminat filem Malaysia. Filem versi alih suara Kawan-Kawanku Hantu ini menggunakan khidmat pelawak-pelawak yang terhebat di Malaysia dan mereka telah memberi suatu intepretasi kandungan yang segar, mencuit hati dan lucu. Kami mewakili pihak Astro Shaw dan Double Vision ingin selalu menyajikan kandungan baru kepada penonton kami.”

Untuk melanggan filem ini, sila kunjungi portal Astro First di Saluran Astro 480 dan ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1:
• Layari senarai filem dan tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro untuk menempah filem

Langkah 2:
• Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan tempahan

Langkah 3:
• Kod angka 16 digit akan terpapar di kaca televisyen. Sila SMS kod tersebut ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

• Kemudian, anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini sedia untuk ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian
Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

Filem KAWAN-KAWANKU HANTU (alih suara BM oleh Zizan Razak) di Astro First:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Freshman Father Di TV2

Bukan Senang Untuk Ubah Suai Rumah