in , ,

Farah Asyikin & Dayang Nurfaizah Jayakan Diva 2 Era

RAKAMAN PROGRAM KHAS RAYA : DIVA 2 ERA PADA 28 JULAI INI DI RTM SEREMBAN

Cuba lari daripada kebiasaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang saban tahun memilih mengadakan rakaman program yang membabitkan penyertaan gabungan artis baru dan lama, Bintang 2 Zaman, bertempat di Angkasapuri kini memberikan peluang kepada penonton berada di sekitar Seremban, Negeri Sembilan untuk menyaksikannya secara langsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan yang berlangsung pada 28 Julai 2010 (Rabu), jam 8.00 malam.

Tampil dengan nama program baru Diva 2 Era menggantikan nama program yang sebelum ini dikenali Bintang 2 Zaman, persembahan artis kali ini melibatkan enam orang penyanyi dari 2 era berbeza iaitu Datuk Jeffrydin, Datuk David Arumugam dan Andre Goh mewakili barisan artis ‘senior’ manakala barisan artis ‘junior’ diwakili oleh Dayang Nurfaizah, Farah Asykin dan Rehana.

Dayang Nurfaizah

Farah Asyikin

Mereka bakal mendendangkan lagu-lagu malar segar secara berduet dan solo. Program bakal disiarkan lebaran kelak ini berkonsepkan konsert yang mengetengahkan unsur interaktif bersama penonton dalam suasana santai dan meriah selain Diva 2 Era menjanjikan hiburan tanpa henti dengan barisan penyanyi pelbagai bangsa dan interaksi bersama penonton bakal menggamatkan suasana.

Menariknya artis-artis yang diundang akan menjadi hos sekaligus mendekatkan lagi komunikasi antara peminat dan artis. Malah bakal mewujudkan suasan lebih santai dengan penglibatan penonton secara langsung semasa rakaman dijalankan.

Penonton dihiburkankan dengan seleksi lagu-lagu popular antaranya Jefrydin dan Farah Ashikin berduet menyampaikan lagu Nilai Cinta, Jefrydin dan (Rehana) dengan lagu medley bertajuk Menari, Siti Haida dan Mas Mona, Andre Goh dan Farah Ashikin lagu medley Bintang Malam (Rentak Basanova), Tinggal Kenangan (Rentak Hindi dan Hanya Nyanyian (rentak Cha Cha), David Arumugam dan Dayang lagu medley Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Suara Kekasih dan Sampaikan Salam, Andre Goh dan Dayang lagu Sway.

Di kemuncaknya semua artis yang membuat persembahan berkongsi pentas menyampaikan medley lagu Raya bertajuk Dendang Perantau, Sesuci Lebaran dan Selamat Hari Raya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Win iPad with AXE Wake n’ Win Contest

Slot Hito Idol Calling For Love di 8TV