Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Erykah Badu, Korn, Naturally Seven Gegarkan Sunburst 2009



Semalam (24 Februari 2009) jam 3 petang, telah berlangsung satu sidang media pengumuman Celcom sebagai penaja Sunburst KL International Music Festival 2009 di III Lounge, Heritage Row, Kuala Lumpur.

Untuk info pembaca, Sunburst KL International Music Festival 2009 anjuran Pineapple Concerts adalah festival muzik tahunan one day event yang menggabungkan penyanyi dan grup antarabangsa dan tempatan. Bakal diadakan di Bukit Kiara Equestrian club  pada 21 Mac 2009 selama 12 jam berturut-turut dengan 6 buah pentas, muzik tanpa henti dari jam 2 petang hingga 2 pagi.

Kali ini menampilkan penyanyi antarabangsa seperti rock band tersohor dari Amerika – KORN, penyanyi dan penulis lagu R&B – Erykah Badu, grup R&B dan soul – Naturally Seven dan penyanyi British – Skye iaitu vokalis band Morcheeba.

Selain itu, Sunburst akan digegarkan juga dengan grup hip hop – NERD dan juga artis tempatan seperti Butterfinggers, Estranged, Meet Uncle Hussein, Hujan, Joe Flizzoe, Bunkface, Estrella, Juwita Suwito, Arabyrd dan ramai lagi.

Turut diumumkan juga bahawa Konsert Rihanna tidak dibatalkan tetapi ditangguhkan.

Celcom sebagai penaja turut memberikan tawaran istimewa bagi pelanggannya mendapatkan tiket. Pelanggan Celcom hanya perlu membeli sekeping tiket dalam harga penuh dan dapat sekeping lagi dengan PERCUMA! Untuk dapatkan tawaran ini, anda hanya perlu mendaftar secara SMS dengan menaip REGSUNBURST dan hantarkan ke 28881.

Selepas menerima SMS pengesahan, pelanggan perlu reload minimum RM50 untuk mendapatkan mobile voucher.  Kemudian boleh redeem voucher tersebut di mana-mana kaunter Axcess Tickets. Tawaran sah dari 27 Februari hingga 20 Mac 2009.

Budiey: Teringin nak tengok Erykah Badu secara LIVE… dan juga, Budiey tertanya-tanya… adakah tragedi Sunburst 2008 akan berulang?

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Early Bird Promotion For Sunburst KL Pineapple Concerts
  • 2008 MTV Video Music Awards Nomination List
  • Promosi Awal Tiket Konsert SunBurst Kuala Lumpur 2008
  • Sunburst KL International Music Festival 2008
  • Najwa, Incubus, John Legend & Search @ Sunburst KL
  • Koleksi Gambar Noh Hujan – Mawi Versi Indie
  • Evian Launched Limited Edition Bottle Debuts in Malaysia
  • Program TV Sempena Deepavali di TV2
  • IZ OIAM2 Duta Produk Toshiba dan Jam Tangan Nooka H5
  • PUMA’s FAAS TRAP Challenge



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      korn

      after head left they are no longer the same

    • Stay_alive

      adehhhhhhhhhh besh gilaaaaaaa…..KORN ilike~ thr ol huhuhu.tp tiket brapa ah??? duhhhhhhhhhhhhhhh,tragedi apa budiey???huhuhu

    • s2ndcombat

      boleh dpt tiket VIP x



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK