• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Drama Ruby Hanya Pada Mu Cinta Qaseh Janji Shirah di TV3

0
  • by Budiey
  • in Drama · TV3
  • — 11 Jan, 2013

DRAMA TERBAIK TV3 MEMBUKA TIRAI TAHUN 2013

‘Bini Bini Perkasa’, ‘Apa Celop’, ‘Vanila Coklat’, ‘3 Janji’, ‘Bukan Bidadari’, ‘Mimpi Cinderella’, ‘Naziha’, ‘Bunga Bunga Syurga’, ‘Runtun Qalbu’, ‘Pelangi Kasih’, ‘7 Ramadan’, ‘Saiful Nita’, ‘Ameera’, ‘Putera Rayyan’, ‘Ms Octopus’, berjaya menggamit perasaan dan meruntun jiwa penonton yang meminati drama di TV3.

Drama-drama bersiri tersebut bukan sahaja menjadi bualan ramai tetapi juga melonjakkan bakat-bakat muda seperti Aiman Hakim Ridza, Izara Aishah, Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Johan As’ari, Aidil Aziz, Kilafairy, Fir Affandi, Eina Azman, Afiq Muiz, Nur Fathia dan ramai lagi.

Drama Tv3

Memasuki lebaran baru pada tahun 2013, TV3 terus mengatur strategi untuk memantapkan lagi slot-slot drama rantaiannya dengan sajian drama menarik mengikut genre dan citarasa penonton menerusi slot Samarinda, Lestary, Zehra dan juga slot drama pada malam Ahad dengan barisan pelakon handalan dan popular dengan kerjasama penerbit, pengarah dan penulis skrip yang kreatif dan berbakat besar.

Malam tadi, TV3 meraikan 4 drama bersiri terbaik yang menghiasi suku tahun pertama tahun 2013 dengan sebuah majlis makan malam berkonsepkan ‘glamor’ iaitu ‘Malam Bersama Bintang’ di Restoran Flora Terrace Kuala Lumpur. Antaranya Hanya Pada Mu (Slot Zehra, setiap Jumaat, 9.00malam), Ruby (Slot Samarinda, setiap Selasa hingga Khamis, 10.00 malam), Cinta Qaseh (Slot Lestary, setiap Selasa, 9.00 malam) dan yang terbaru Janji Shirah yang bakal menemui para peminat drama pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam mulai 13 Januari 2013.

Slot Samarinda merupakan antara slot drama yang paling awal diperkenalkan oleh TV3.

Samarinda bermula pada 6 Januari 2004 dengan drama Badai Metropolis lakonan Hairie Othman, Maizurah Hamizah, Ako Mustapha dan Azhar Sulaiman. Memaparkan kisah pergolakan dunia korporat, perebutan kuasa dan konflik keluarga di kalangan ahli perniagaan, konflik cinta turut menjadi elemen utama untuk mewarnai plot-plot utama menerusi drama-drama yang bersiaran di slot Samarinda.

Drama Tv3

Selain itu, drama Samarinda yang bersiaran pada bulan Ramadan seperti Seputeh Qaseh Ramadan, Syurgamu Ramadan, Ramadan Terakhir dan 7 Ramadan berjaya melakar sejarah tersendiri dengan catatan kadar tontonan melebihi 2 juta penonton. Artis-artis yang menghiasi slot Samarinda terdiri daripada barisan artis popular tanah air seperti Rosyam Nor, Eja, Rita Rudaini, Nasha Aziz, Aaron Aziz, Hairi Othman, Ako Mustapha, Rozita Che Wan, Syamsul Yusuf, Shaheizy Sam, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Atas permintaan ramai, TV3 telah memanjangkan waktu siaran slot Samarinda kepada satu jam bermula 2 Januari 2013 menerusi drama ‘Ruby’.

Dengan sasaran golongan penonton muda, Slot Lestary yang diperkenalkan pada tahun 2004 bermula dengan drama ‘Begitulah Cinta’. Popular dengan drama Natasha, Dua Hati, Jelatang, Cinta Untuk Ain, Sinderella, Asmara, slot Lestary juga mencipta sejarahnya tersendiri dengan drama bersiri muzikal iaitu ‘Tari Tirana’ dan ‘Hotel Mania’.


Slot Zehra yang menghiasi slot perdana malam Jumaat membuka tirai dengan kemunculan drama-drama yang secara tidak langsung meninggalkan impak yang berlainan di hati penonton bermula dengan Nur Kasih, drama yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Malaysia pada Jun 2009 sehingga berjaya mencipta suatu fenomena luar biasa dengan catatan rating mencecah 5 juta penonton di episod akhir.

Tidak ketinggalan juga slot waktu perdana TV3 pada malam hari Ahad yang diserikan dengan drama bersiri seperti Sekam Cinta (2005), Stanza Cinta dan Ms Octopus. Tahun ini, drama bersiri ‘Janji Shirah’ lakonan Nabila Huda, Airiel Zafril, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Sherry Merlis, Zarina Zainordin dan Iqram Dinzly bakal menyusul bermula 13 Januari 2013, setiap Ahad jam 9.00 malam selama 2 jam.

Penonton yang terlepas menyaksikan Hanya Pada Mu (Slot Zehra, setiap Jumaat, 9.00malam), Ruby (Slot Samarinda, setiap Selasa hingga Khamis, 10.00 malam), Cinta Qaseh (Slot Lestary, setiap Selasa, 9.00 malam) dan Janji Shirah (Setiap Ahad, 9.00malam) boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Drama Tv3

Drama Tv3

Adi Putra

Sharnaaz

Hanez Suraya

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Afiq MuizAidil AzizAiman Hakim RidzaAiriel ZafrilAko MustaphaAzhar SulaimanDrama Cinta QasehDrama Hanya Pada MuDrama Janji ShirahDrama Rubydrama tv3Eina AzmanFauzi NawawiFir AffandiHairie OthmanIqram DinzlyIzara AishahJohan As’ariKilafairyLestaryMaizurah HamizahNabila HudaNad ZainalNur FathiaSharnaaz AhmadSherry Merlisslot SamarindaTV3Zarina Zainordinzehra

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Tiada Tajaan Undi Tasha Shila Tak Tercalon Dalam Top 5 ABPBH2012?
  • Next story Selepas Saujana, Nowseeheart Pula Berempat?

ENTRI BERKAITAN

  • Drama Hero Lakonan Kimura Takuya, Tsutsumi Shinichi di 8TV 24 Feb, 2009
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 17 10 Jun, 2009
  • Website RadiusOne, Klip Video Amylea, Lagu Tema Sindarela 29 Jan, 2008
  • Drama Excellent Pictures Tangga Teratas Program Aidilfitri 10 Sep, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.