in , , ,

Sinopsis Drama Abadi Lakonan Padu Sherry Ibrahim & Zulhuzaimy

Belatarkan kisah kehidupan dua anak muda yang masih di alam persekolahan, Abadi dan Puteri merupakan dua orang pelajar yang menuntut di sekolah menengah yang sama. Namun kedua-dua mereka ini mempunyai dua prinsip hidup yang berbeza.

Dibintangi pelakon Zulhuzaimy Marzuki, Sherry Ibrahim, Leez, Mira Amnas, Fauziah Nawi dan Khatty Azian, drama mengangkat kisah remaja bertajuk “Abadi” arahan Zulhuzaimy ini bakal menemui penonton pada 25 November, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

Kisahnya bermula dengan watak Puteri, anak seorang usahawan wanita berjaya merupakan seorang gadis yang tidak suka menjalin hubungan percintaan dan sangat aktif dalam sukan dan ko-kurikulum. Juga merupakan Ketua di Redaksi Majalah Sekolah. Manakala Abadi adalah seorang bekas pemain hoki yang terpaksa berhenti aktif akibat penyakit yang di hidapinya. Abadi memfokuskan masanya dengan pelajaran dan kerja sambilan bagi membantu ibunya yang buta. Beliau merupakan seorang yang sangat cemerlang dalam pelajaran.

Cerita berkembang apabila Puteri cedera di padang semasa latihan hoki dan Abadi cuba membantu tetapi di marahi oleh Puteri. Puteri merasa dirinya di lihat lemah dengan bantuan Abadi tersebut. Sejak dari itu mereka mulai bermusuh. Masing- masing yang keras kepala tidak pernah mahu mengalah Antara satu sama lain. Puteri terperangkap dengan permusuhan yang di binanya sendiri apabila telah ditugaskan untuk menemubual Abadi bagi Sidang Redaksi Majalah memandangkan Abadi adalah pelajar cemerlang. Puteri menghadapi pelbagai masalah apabila Abadi tidak mahu memberi kerjasama.

Puteri merasa lebih tercabar apabila Abadi turun padang dan mengajarnya bagaimana untuk bermain hoki di hadapan pemain-pemain yang lain sedangkan dia adalah kapten hoki. Puteri mulai menambahkan tekanan Abadi dengan sikap nakalnya dan akibatnya dia menghadapi kesukaran untuk menemubual Abadi.

Permasalahan antara Abadi dan Puteri tidak tamat setakat itu sahaja, selain dari Abadi mengelak untuk di temubual, akhirnya buku bertemu ruas apabila Puteri dilucutkan jawatan dari menjadi Kapten Pasukan Hoki akibat keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Akibat dari itu, Puteri di arahkan untuk menghadiri kelas pemulihan yang di kendalikan oleh Abadi.

Perbalahan dan ketegangan berlaku apabila Puteri sengaja hadir lambat dan juga tidak hadir ke kelas pemulihan sehingga Abadi mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan kelas tersebut. Namun demikian, Puteri terperangkap dengan sikapnya sendiri apabila tarikh untuk menghantar tugasan Redaksi semakin dekat dan Puteri terpaksa berdepan dengan Abadi. Puteri dan Abadi membuat perjanjian untuk bantu satu sama lain dan dalam masa yang sama Puteri perlu melupakan hoki sekiranya pelajaran memerlukan lebih masa dari Puteri.

Tanpa Puteri sedari, keakraban Puteri dan Abadi ini mulai menimbulkan cemburu Elyana rakan karib Puteri yang akhirnya menjadi orang yang menjatuhkan Puteri apabila menghasut ibu Puteri sehingga ibunya menyerang Abadi dan Mak Jah yang buta di rumah mereka.

Ibu Puteri telah menghina dan menjatuhkan maruah Puteri di rumah Abadi. Elyana Berjaya menghasut ibu Puteri.

Puteri mendapat tahu Abadi menghidapi barah otak dan kerana itulah Abadi tidak lagi bermain hoki. Sedangkan Abadi adalah Antara pemain terbaik satu masa dahulu, mengikut jejak langkah arwah bapanya. Dalam masa yang sama Puteri bakal menghadapi peperiksaan SPM. Abadi tidak mahu menjalani pembedahan namun disebabkan kasih yang mula tumbuh di hati Puteri, Puteri membuat Abadi berjanji untuk menjalankan pembedahan dan barulah Puteri akan mengambil peperiksaan dan menyertai perlawanan akhir hoki.

Ketika Puteri sedang menghadapi peperiksaan, Abadi pula sedang di bedah dan Abadi akhirnya koma namun Puteri tidak pernah berhenti mendokan dan membantu Mak Jah menjaga Abadi.

Abadi telah sedar dan di bawa balik ke rumah. Puteri sangat gembira kerana Abadi sedar di waktu keputusan peperiksaan nya akan keluar. Puteri berlari pulang dari mengambil keputusan peperiksaannya dan terkejut melihat rumah Abadi di penuhi dengan ramai orang dan Abadi telah pergi untuk selamanya.

barisan pelakon
babak menarik
watak dalam kelas
Angin Syurga B_A2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Teaser Muzik VIdeo ZIKIR PAGI HARI Kumpulan Al-Manna