in

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Usaha Orkestra RTM dalam mengingati dan menghargai jasa serta pengorbanan lagenda seni suara tanah air berterusan. Kali ini Orkestra RTM amat berbangga dan berbesar hati menerusi siri konsert pada tahun yang ketiga ini dengan memilih penyanyi yang popular dengan jolokan Raja Gelek Malaysia iaitu Datuk M. Daud Kilau.

Usia emas 76 tahun tidak pernah menghalang Datuk M.Daud Kilau untuk terus berjuang dalam industri seni suara sejak penglibatannya dari tahun 1968 apabila beliau menjuarai Bintang Radio pada tahun itu. Tuahnya menerusi dendangan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis membawa karier gemilangnya bergelar penyanyi yang masih kekal menjadi sebutan dan pilihan penerbit TV dan Radio selain penganjur persembahan sehingga ke hari ini.

Konsert Eksklusif Orkestra RTM… Datuk M.Daud Kilau yang dijadualkan rakamannya pada 22 November 2014 bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, pukul 8.30 malam.

Persembahan beliau akan diiringi oleh lebih dari 44 pemuzik profesional Orkestra RTM dan di terajui oleh Pemimpin Muzik Berkaliber, Ahmad bin Ali atau lebih dikenali sebagai Jimmy Ali.

Konsert ini membawakan tema yang berbeza selain mengetengahkan lima segmen berlainan dengan jalan cerita yang tersendiri. Datuk M.Daud Kilau nyata komited dalam persembahannya apabila kini beliau sedang dalam persediaan dari segi mental dan fizikal malah menyiapkan diri dengan latihan bersama para pemuzik Orkestra RTM dari segi persiapan persembahan.

Tambahan pula menurut beliau ini merupakan konsertnya yang pertama secara solo selama kariernya dalam industri hiburan tanah air.

Menyentuh mengenai pemilihan lagu, Orkestra RTM memberi kebebasan sepenuhnya kepada Datuk M.Daud Kilau untuk membuat pemilihan lagu-lagu mengikut keselesaannya namun bagi memberikan sedikit sentuhan komersial penyanyi jemputan lama dan baru akan turut mengiringinya iaitu penyanyi veteran S. A. Ayesha dan Haziq. Turut mewarnai persembahan gimik-gimik lain yang hanya akan diketahui pada hari konsert tersebut.

Menurut Penerbitnya, Haliza Mohd Kharsa, beliau mempunyai pandangannya yang tersendiri terhadap persembahan Datuk M.Daud Kilau yang dirasakannya sebagai penyanyi lagenda yang sangat unik dan tersendiri dalam setiap persembahan pentasnya dan atas dasar itu ia membuatkan beliau amat teruja dan berbangga menjadi penerbit pertama yang menerbitkan konsert solo pertama sepanjang karier Datuk M.Daud Kilau tambahan lagi ia dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia.

Lagu-lagu seperti Cek Mek Molek, Gila Judi, Hutang Minta Hutang adalah antara lagu-lagu popular yang bakal dan wajib didendangkan oleh Datuk M.Daud Kilau sebagai memenuhi permintaan peminat-peminatnya. Namun, banyak lagi lagu popular yang akan beliau sampaikan pada malam konsert berkenaan sebagai menghargai peminat-peminatnya dari dulu hingga kini.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan konsert yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 22 November ini (Sabtu), pukul 8.00 malam dan masuk adalah percuma.

Datuk M. Daud Kilau

Datuk M. Daud Kilau

Datuk M. Daud Kilau

Datuk M. Daud Kilau

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato AC Mizal Dapat Tajaan Shure Asia Limited

Drama Abadi Lakonan Sherry Ibrahim & Zulhuzaimy