Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin di Bahtera Perubahan Astro Oasis

BAHTERA PERUBAHAN DI ASTRO OASIS
Program adaptasi dari buku hasil nukilan Dr Asri

Saluran gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia, Astro Oasis (saluran 106) terus mendekati golongan sasaran dengan menyiarkan program ceramah yang mengupas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama Islam; Bahtera Perubahan.

Program ceramah yang dikendalikan oleh pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia dan juga bekas mufti kerajaan negeri Perlis ini; Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin bakal menemui para penonton Astro Oasis (saluran 105) pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam selama 13 episod bermula pada 3 Julai 2009 ini.

Menurut pengurus saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami ingin terus menunaikan tanggungjawab kami sebagai pelopor saluran gaya hidup famili dengan menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.

Berpegang kepada prinsip ini, kami meneruskan tradisi saluran untuk menyiarkan program-program yang dapat memberi kesedaran dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi pandangan serta pendapat berhubung dengan tajuk-tajuk yang dibincangkan.”

“Program ini juga dilihat begitu istimewa apabila Dr Asri bukan sahaja  meyampaikan topik-topik mingguan dengan cara ceramah tetapi juga dengan beraninya membincangkan dan menyuarakan pandangan serta mencari kebenaran  dengan nada yang lebih berani dan terbuka demi menjulang keagungan agama Islam,” tambah Izelan lagi.

Program 13 episod ini diterbitkan hasil dari adaptasi buku tulisan Dr Asri berjudul ‘Mengemudi Bahtera Perubahan Minda’, salah sebuah daripada 21 judul buku yang pernah ditulis oleh beliau akan menemui penonton pada setiap minggu selama 30 minit.

Program ceramah ini terbahagi kepada tiga segmen utama yang berupaya untuk menarik minat serta membuka mata dan minda masyarakat terutamanya umat Islam iaitu perbincangan tajuk, contoh-contoh kejadian dan seterusnya mengupas dan membuat kesimpulan tajuk.

Di antara topik-topik yang bakal menemui para penonton pada setiap minggu ialah seperti:
1.Ikut Fakta, Buang Taklid Buta
2.Falsafah Haji
3.Mudahkan Pendekatan Islam
4.Pencemaran Israiliyyat
5.Piawaian Ilmu Dalam Ceramah
6.Jangan Lelongkan Agama
7.Fekah Interaksi dengan Bukan Muslim
8.Islam dan Kebebasan Budaya serta Fesyen
9.Kembalikan Peranan Zakat
10.Mengapa Masjid Kita Kaku
11.Dunia Hiburan Terbabas
12.Hak Wanita: Antara Hukum Tuhan dan Perlaksanaan Insan
13.Persaudaraan Islam dan Ekonomi Umat

Jangan lupakan temujanji anda untuk menonton Bahtera Perubahan bersama Dr Asri pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam, bermula pada 3 Julai 2009, hanya di Astro Oasis (saluran 106), Inspirasi Sanubari!

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sertai Segunung Harapan Program Realiti Terbaru Astro Oasis
  • TV3 Terbitkan Program Ustaz Asri Dalam Kenangan
  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Farah AF2 Bertudung Dalam Rasa Halal Orient Astro Oasis
  • Senarai Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Histeria
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah
  • Khabar Haji di Astro Oasis



  • 4 Komen untuk entri “Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin di Bahtera Perubahan Astro Oasis”

    1. abu zaki kata:

      Program ini, merupakan program yg amat dinanti-nantikan. Tahniah kepada Dr Asri dan tak lupa Pengurus saluran oasis. Mudah-mudahan seluruh umat Melayu dan Islam Khususnya tidak terlepas rancangan ini!

    2. muhammad faiz kata:

      asalamualaikum tuan,saya amat berbangga kerna tuan telah muncul di kaca tv untuk memberi penjelasan tentang ilmu-ilmu islam dengan begitu jelas di mana telah berlaku banyak percanggahan di kalangan umat nabi muhammad saw di akhir zaman ini,dengan adanya penjelasan seperti ini dapatlah sama-sama kita mengharungi bahtera perubahan yang tuan telah tunjukkan kepada semua umat-umat baginda saw.saya harap bahtera perubahan tuan dapat mengubah dunia ini insyaallah…..semoga allah sentiasa meredhai dan memberi kekuatan agar tuan dapat menyampai amanah RASULULLAH SAW

    3. daisy kata:

      salam,syabas kpd astro diatas rancangan BAHTERA PERUBAHAN,terima kasih kpd Dr Md Asri yg menjayakan rancangan yg byk memberi maklumat yg kebanyakkannya ramai yg tidak tahu terutama tentang hukum hakam agama,diharap masa yg ditayangkan PERLU dipanjangkan,semoga Dr dan keluarga sentisa sihat dan terus membawa kepada perubahan kepada umat islam kini.

    4. rahman a.h. kata:

      Salam. Tahniah Dr. Asri dan Astro. Mohon bercakap mengenai AJK surau yang suka menghulur kotak derma kpd jumaah. Seolah surau dan masjid tempat pungut derma. Tumpuan kita mendengar ceramah dan khutbah terganggu dengan kotak-kotak derma yang ditolak pada kita berulang kali tanpa pengurusan yang rapi “sambil lewa”. Lagi satu, jangan jadikan surau itu dimiliki oleh para AJK sahaja (mereka sesuka hati membuat program) walaupun ianya kelihatan bagus tetapi pengisian kosong. Lagi sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Astro kerana memberi ruang yang sangat kehadapan dalam rancangan keagamaan mengatasi siaran tv pesaing mereka. Wallahuallam.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!