Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Dokumentari Si Tanggang dan drama Ibu, Ampunkan Aku di Astro Prima



ASTRO TERUS MARTABATKAN PERISTIWA BERSEJARAH NEGARA DAN LAGENDA MALAYSIA
Dokumentari Si Tanggang dan drama bersiri Ibu, Ampunkan Aku semarakkan kempen Suatu Ketika pada bulan Julai

Kuala Lumpur, 1 Julai 2009 – Selepas pelancaran kempen Suatu Ketika yang telah diadakan baru-baru ini, Astro meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan kisah-kisah sejarah dan lagenda Malaysia dalam dua perspektif yang berbeza iaitu fakta dan interpretasi kreatif melalui sebuah lagi kisah lagenda Malaysia, Si Tanggang pada bulan Julai.

Kempen Suatu Ketika ini merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Astro dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, penjenamaan ‘Suatu Ketika ini juga dilihat sebagai menyahut seruan negara dalam membina bangsa Malaysia berteraskan nilai dan budaya warisan negara sejajar dengan kehendak 1Malaysia.

Pada bulan Julai, Astro dengan bangganya membangkitkan kisah klasik mengenai seorang anak lelaki yang telah disumpah oleh ibunya sendiri kerana derhaka iaitu Si Tanggang.

Sebagai pengenalan, kisah Si Tanggang ini akan dipersembahkan melalui sebuah dokumentari yang akan dimainkan di Astro Prima (saluran 105) pada hari Ahad, 5 Julai 2009, jam 9.00 malam.   

Wan Maimunah sebagai Ibu Tanggang

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Nizam Sani, “Dokumentari yang ditayangkan ini akan membawa penonton untuk membuktikan sama ada kisah Si Tanggang ini benar-benar wujud atau sekadar dongeng di kalangan masyarakat Melayu Nusantara.

Hebatnya dokumentari ini ialah apabila ia cuba untuk membuka persepsi lama yang ‘tabu’ dalam masyarakat yang berkait rapat dengan kisah Si Tanggang. Penonton akan dihimpit dengan kisah lama yang sebenarnya rapat dalam diri sendiri serta memahami konsep kasih sayang dan penderhakaan.”

“Bukan itu sahaja, dokumentari ini juga mengajak para penonton untuk melihat Si Tanggang dalam terjemahan cerita rakyat, buku cerita kanak-kanak, novel, cerpen kritikan, drama sehinggalah ke adaptasi filem melalui dokumentari 60 minit ini,” tambah Nizam lagi.

Dokumentari Si Tanggang ini juga bakal mendedahkan bahawa cerita rakyat yang berlegar ini bukanlah milik mutlak masyarakat masyarakat Melayu Malaysia tetapi sebaliknya turut dibandingkan dengan kisah Nakhoda Manis di Brunei dan Malin Kundang di Indonesia.

Bukan itu sahaja, dokumentari ini akan membawa ekspedisi untuk mencari persamaan dan kebenaran mengenai kewujudan Si Tanggang berdasarkan bukti tinggalan kapal dan berubah menjadi batu kerana disumpah ibunya.

Seperti yang telah dijanjikan, kisah-kisah yang ditonjolkan dalam kempen Suatu Ketika ini juga akan disampaikan dalam bentuk yang lebih fiksyen iaitu drama bersiri 8 episod yang akan menceritakan semula kejadian sebenar dan membawa penonton mengimbau kisah-kisah sejarah, lagenda dan mitos masa lalu di Astro Citra.

Pada bulan Julai, drama bersiri Ibu, Ampunkan Aku arahan Jurey Latif akan menemui para penonton pada setiap hari Rabu & Khamis, jam 9.00 malam bermula 1 Julai 2009 ini.

Drama bersiri yang akan ditayangkan ini merupakan inisiatif yang disemai oleh Astro dalam memberi kefahaman yang lebih mudah dalam bentuk interpretasi kreatif dan fiksyen untuk tontonan ramai.

Pelakon-pelakon yang menjayakan drama bersiri ini telah menjiwai watak-watak yang diberikan seolah-olah kisah epik dan lagenda Si Tanggang benar-benar wujud di sekeliling kita,” ujar Sharlyza Sharkawi, Pengurus Saluran Astro Citra.

Gambit Saifullah

Drama bersiri yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Gambit Saifullah, Fauziah Ghous, Wan Maimunah, Rusli Rahman Adam, Julia Hana, Mubarak Majid dan ramai lagi ini mengisahkan Tanggang (Gambit Saifullah) yang berasal dari sebuah keluarga yang amat miskin dan bercita-cita untuk menjadi seorang nakhoda kapal. Atas berkat doa, akhirnya Tanggang menjadi nakhoda kapal yang kaya dan terkenal. Walau bagaimanapun, kerana malu pada keadaan ibunya yang miskin dan hina, Tanggang sanggup tidak mengaku ibunya sendiri. Ibunya, Daruma (Wan Maimunah) akhirnya memohan tuhan untuk memberi balasan azab kepada Tanggang sehingga dia disumpah menjadi batu.

Jangan lupa untuk saksikan tajuk hebat Kempen Suatu Ketika bulan Julai, Si Tanggang pada setiap hari Rabu & Khamis, bermula 1 Julai 2009 di Astro Citra  (saluran 131) untuk drama bersiri dan hari Ahad ini, 5 Julai untuk dokumentari di Astro Prima (saluran 105). Kedua-duanya akan bersiaran pada jam 9.00 malam.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro
  • Pangkalan Maut Pulau Pinang
  • Dokumentari Suatu Ketika… Pos Dipang di Astro Prima
  • Dokumentari Kisah Natrah di Astro Prima
  • Dokumentari Bersiri Palestin Bumi Anbiya
  • Dokumentari Suatu Ketika LASKAR SENOI di Astro Prima
  • Drama Mertua VS Menantu Lakonan Erra Fazira
  • Suria Di Cordoba di Astro Prima



  • 4 Komen untuk entri “Dokumentari Si Tanggang dan drama Ibu, Ampunkan Aku di Astro Prima”

    1. Chia Kok Peng kata:

      Terima Kasih atas sokongan semua pada kempen ‘Suatu Ketika’ di Astro Citra dan Astro Prima. Sila ke laman facebook kami (SUATU KETIKA…) untuk maklumat terbaru dan memberi komen anda!

    2. Jeff kata:

      emm..boleh sy tahu x, apa nama tajuk lagu tema citer ni?

    3. Suzanne kata:

      wehhh bagi la byk gmbar2 yg menarik pasal teater tanggang nii
      sya ada assignment pasl costum teater tanggang ni..
      esok nak anta report
      costum pelakon tak siap lg
      teater bln 5 ni nak d tayangkan
      arrrgghhhhhh????….

    4. marsya smk bukit baru 1C kata:

      lelaki yang berusia 13 tahun kawan saya

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK