in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Take Over SUPER JoHaRa Show di JoHaRa PAGI ERA?

Seperti kebiasaan, para selebriti pastinya teruja apabila dapat menjadi artis undangan di segmen Sarapan Pagi JoHaRa Pagi ERA bersama Johan, Haniff dan Ray. Inilah masanya untuk para pendengar menghiburkan diri dengan melayan celoteh pengemudi JoHaRa Pagi ERA bersama artis-artis kesayangan mereka.

Esok, 21 Ogos, para pendengar ERA fm pastinya gembira apabila artis undangan di konti JoHaRa Pagi ERA merupakan seorang penyanyi yang menjadi idola ramai!

Dato' Siti Nurhaliza Take Over SUPER JoHaRa Show di JoHaRa PAGI ERA?

Pernah melakar sejarah namanya dengan lagu-lagu seperti Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Cindai dan banyak lagi, Dato’ Siti Nurhaliza bakal bertandang ke konti ERA fm untuk bersama-sama JoHaRa Pagi ERA berborak mengenai kerjaya, serta perkembangannya yang terkini dalam segmen Super JoHara Show.

Semestinya semua pendengar tidak kering gusi apabila melayan gelagat tiga penyampai JoHaRa Pagi ERA Johan Haniff dan Ray melalui beberapa slot di segmen pagi tersebut yang sentiasa menggeletek pendengar adalah seperti slot Skesta JoHaRa, Gosip-gosip Mak Jemah #GGMJ, Sepontan ERA, dan Teka lagu ERA.

Kepada semua pendengar, marilah catatkan temujanji anda bersama segmen sarapan no.1 Malaysia JoHaRa Pagi ERA pagi esok jam 6 pagi hingga 10 pagi!

Setiap hari, ada saja agenda dan topik yang ingin JoHaRa ingin ketengahkan. Kepada semua pendengar, anda boleh berinteraksi dengan JoHaRa setiap pagi.Apa yang akan berlaku esok JoHaRa bersama Dato’ Siti Nurhaliza? Jika anda ingin tahu, jangan ketinggalan untuk dengarkan JoHaRa esok!

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spa Percuma di The Holiday Beach Danang Hotel & Resort Vietnam

iM4U Lancar Volunteer Malaysia 2015