in

Cut Tari Terlepas Hukuman Gara-Gara Video Lucah

JAKARTA: Cut Tari mungkin boleh terlepas daripada sebarang hukuman mahkamah jika membuat pengakuan dia tidak merelakan aksi seksnya bersama vokalis Peterpan, Ariel, dirakam.
Pakar undang-undang Universiti Indonesia, Rudi Satrio, berkata melalui pengakuan begitu, Cut Tari boleh dianggap menjadi mangsa rakaman curi.

Jika tidak, kata Rudi, penyampai program televisyen yang bersuami dan mempunyai seorang anak itu boleh dikenakan tindakan kerana dianggap merelakan aksi ranjangnya dirakam.

“Melalui akta antipornografi, sesuatu bahan dianggap lucah jika ia dipaparkan kepada umum dengan persetujuan kedua-dua pihak,” katanya, semalam.

Cut Tari adalah seorang daripada dua personaliti televisyen popular Indonesia yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel dan rakaman itu kini tersebar.

Selepas beberapa ketika dianggap sebagai saksi, status Cut Tari bersama Luna Maya kini menjadi suspek dan bakal menghadapi beberapa tuduhan di mahkamah.

Ketika mengadakan sidang media Isnin lalu, Cut Tari mengaku dia tidak pernah memberi kebenaran kepada Ariel merakam aksi ranjang mereka.

Kata Rudi, Cut Tari boleh mengelak disabitkan kesalahan jika dia tidak berniat merakam aksi intimnya itu.

“Dalam keadaan begitu, pihak kedua boleh dianggap merakam aksi itu secara curi,” katanya. – Agensi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Dir Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan

Gambar Awie Wings di Sidang Media Cuci The Musical 2