Konsert Dir Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan

Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 mempersembahkan KONSERT DIR…Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan pada 18 Julai 2010 (Ahad), 8.30 malam di KL Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Alami keharmonian suara Koir Kebangsaan mengalunkan 25 buah lagu Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad yang telah diangkat sebagai ikon muzik Malaysia semasa hayatnya seperti Seruling Bambu, Hoore Hoore, Mat Disco, Toyol, Mama Untuk Saloma, Apa Khabar Orang Kampung, Joget Kenangan Manis, Terasing, Antara Hujan dan Air Mata, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, Pelangi Petang, Merisik Khabar, Hujan, One Thousand Million Smiles dan banyak lagi.

Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan pergerakan, lakonan dan lontaran suara ahli Koir Kebangsaan ketika persembahan. Selain lagu-lagu hit Sudirman, konsert kali ini juga turut mendendangkan lagu-lagu beliau yang jarang-jarang didengar seperti Planet Gringragong, One Day In Your Life, Foxy Girl dan Bimbang Terluka Lagi.

Konsert di bawah pimpinan Konduktor Amri Zane dan Pengarah Artistik dan Vokal terkenal tanah air, Syafinaz Selamat ini turut diiringi pemuzik-pemuzik pimpinan Ku Sham dan turut menampilkan petikan gitaris terkenal, Along Exists.

Tiket Konsert Dir berharga RM25. Harga pelajar RM15 (dengan menunjukkan kad ID pelajar). Pembelian secara dalam talian, layari laman sesawang www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-41498600. Tiket boleh juga dibeli terus di Kaunter Tiket KL Life Centre pda hari persembahan.

KONSERT DIR… dibawakan khas untuk anda sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Dapatkan info Festival Kuala Lumpur 2010 dengan melayari www.klfestival.org.my

PROFIL PENGARAH KOIR KEBANGSAAN

Tunku Marina Tunku Dato’ Zubir telah berkhidmat sebagai Pengarah Koir Kebangsaan semenjak 1995. Mula berkecimpung dalam bidang sebagai salah seorang ahli Koir Kebangsaan Malaysia. Graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik UiTM serta Ijazah Sarjana Perniagaan Dan Pentadbiran (MBA) dari Ohio University, Amerika Syarikat ini, kini juga berkhidmat sebagai pengurus kepada penyanyi soprano Malaysia, Syafinaz Selamat serta merupakan pensyarah jemputan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.

PENGARAH ARTISTIK & VOKAL

Syafinaz Selamat, graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari jurusan Muzik pengkhususan dalam vokal dan piano telah terlibat dalam bidang nyanyian semenjak dari zaman kanak – kanak. Bersuara coloratura soprano, beliau sering mendapat banyak jemputan mengadakan persembahan di dalam dan luar negara. Sebagai penyanyi berpendidikan tinggi, beliau merupakan juri yang disegani dan sering dijemput untuk mengadili pertandingan-pertandingan nyanyian dan program-program realiti TV. Pada tahun 1999, Syafinaz telah memenangi pingat emas dalam kategori R&B/Pop/Rock/Kontemporari di Pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat. Kini, merupakan Pensyarah Jemputan di UiTM dan ASWARA serta Penasihat dan Pengarah Vokal Koir Kebangsaan Malaysia

KONDUKTOR

Amri Zane, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam pengkhususan vokal. Mula berkhdimat sebagai Konduktor Koir Remaja Kebangsaan pada tahun 1996 sehingga 2000 dan seterusnya dilantik sebagai Konduktor Koir Kebangsaan Malaysia pada 2004 sehingga kini. Di samping itu beliau juga bertugas sebagai pensyarah jemputan di beberapa buah pusat pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pengarah Artistik & Vokal : Syafinaz Selamat
Konduktor Koir : Amri Zane

SOPRANO ALTO

Azzahra Shafie Ainaa Yasyira Ab Ghafar
Dayang Siti Hazar Awang Hassim Chung Kai Xin
Lilis Syafiza Mohd Yatim Nurul Farhana Abd Razak
Lilis Syafuza Mohd Yatim Ong Wen Bin
Rabi’atul Raba’ah Baharudin Siti Nur’ Amalina Hairuddin
Tan Yon Lynn

TENOR BASS

Azahar Abdullah Ahmad Fikri Ahmad Fuad Lazarul Afiezy Zakaria Andrew Saw Tek Wei
Mohd Radzi Abd Rashid Wong Chee Kan
Mohd Fakhri Hanafi Dimyati Maizul Hisham Ab Malek
Muhammad Syukri Hussin Mohd Amri Mohd Zin
Raja Sharuddin Raja Hamzan

PEMUZIK

Pengarah Muzik & Guitar : Raja Mohd Sham Raja Saari (Kusham)
Piano : Mohd Fairuz Zamani
Keyboard : Rozario Gulam Rasul
Guitar : Azhrul Nasir (Along Exist)
Bass : Mohamad Rizlan Gimas
Drum : Zulkipli Mohd Derus (Joey)
Perkusi : Wan Fahrul Mirzad Wan Mustafa (Ijat)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Pergaduhan Tom MyStarz LG: Ada Yang Tak Kena?

Cut Tari Terlepas Hukuman Gara-Gara Video Lucah