in

Converse Jamboree 2010 Bukit Cerakah Shah Alam

Pada 12 Oktober 2010 lalu, Budiey ke butik Converse, Pavilion KL untuk hadir di sidang media anjuran Converse yang mengumumkan penganjuran Converse Jamboree 2010 di Bukit Cerakah, Shah Alam pada 6-7 November 2010.

Rasanya, ramai antara kita yang kenal dengan produk kasut yang popular, Converse yang sememangnya sinonim dengan kegiatan seni, muzik dan sukan. Dari dulu hinggalah sekarang, Converse sebenarnya ada misi dan visi untuk menyediakan platform untuk remaja meluaskan bakat mereka. Salah satunya, bengkel berbentuk kem ini…

Jamboree Converse

Untuk Jamboree yang pertama kali ini, Converse menjemput para remaja dari umur 18 hingga 21 tahun untuk meraikan kreativiti mereka dari pelbagai sudut seperti muzik, seni lukis, seni videografi, menulis blog dan sukan. Sudah tentu ia terbuka untuk mereka yang berminat dengan seni di mana bengkel ini bertemakan You’re On, You’re Up and You’re It.

Jamboree Converse

Kem bengkel ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 November 2010 di Bukit Cerakah, Shah Alam. Untuk muzik dan visual, satu pertandingan filem dokumentari akan diadakan untuk menguji kreatviti peserta yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan diberi tunjuk ajar oleh mentor. Untuk itu, bengkel ini mendapat dokongan dari Pop Collective Talents, Super Sunday dalam seni grafitti, Kuku Besi dalam seni fotografi, Fairuz Sulaiman dalam bidang videografi, Defy Studio dalam mencetak sutera, Rithan (Deja Voodoo Spells) untuk klinik belajar gitar, Nazri M Annuar dalam penulisan blog, Kulat akan mengajar peserta melukis komik dan Wan Idris akan ajar bikin filem.

Pendaftaran sedang bermula sekarang dan akan ditutup pada 31 Oktober 2010. Peserta yang terpilih akan diumumkan pada 1 November selepas jam 5 petang.

Untuk mendaftar, korang yang berminat boleh memuatturun borang pendaftaran di www.conversemalaysia.com.

Jamboree Converse

Jamboree Converse

Jamboree Converse

Jamboree Converse

Jamboree Converse

Jamboree Converse

Jamboree Converse

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta

Alyah Fesyen Lady Gaga di Party Nominasi Shout Awards 2010