in

Chicken Muffin McDonald’s

McDonald’s hidangkan Sarapan Pagi yang enak lagi bernilai

Hidangan baru Chicken Muffin pada harga istimewa RM2.50 untuk tempoh terhad

Ceriakan permulaan hari anda dengan sarapan pagi yang segar lagi enak di McDonald’s. Pelbagai hidangan yang menggunakan ramuan berkualiti ditawarkan khas untuk anda pada harga yang bernilai hebat.

Sarapan Pagi McDonald’s menampilkan pelbagai pilihan menyelerakan seperti Sausage McMuffinTM, Sausage McMuffinTM dengan telur, Egg McMuffinTM, Big Breakfast, Hotcakes™ dan Hashbrowns.

Telur segar terus dari ladang, keju berkalsium tinggi, mufin ala-Inggeris, sosej ayam yang empuk, serta kentang berkualiti premium antara ramuan yang digunakan dalam Sarapan Pagi McDonald’s.

Demi menyempurnakan lagi pengalaman sarapan pagi yang hebat, Kopi Premium Roast McDonald’s turut disediakan. Kopi Premium Roast McDonald’s menggunakan 100% biji kopi Arabica yang dipanggang dengan api sederhana dan dikisar halus untuk perkayakan rasanya. Kopi Premium Roast McDonald’s dibru panas sepanjang hari untuk memastikan setiap cawan yang dihidangkan kekal segar dengan rasa dan aroma yang menambat hati. Tambahan pula, pelanggan di restoran McDonald’s boleh mengisi semula kopi dengan percuma sehingga jam 11 pagi setiap hari.

Chicken Muffin offer at only RM2.50

Kini, McDonald’s menawarkan hidangan baru Chicken McMuffin pada hanya RM2.50 untuk tempoh masa yang terhad. Hidangan istimewa ini menampilkan daging ayam yang digoreng hingga keemasan, disajikan dengan sos istimewa dan kepingan keju berkrim dalam mufin ala-Inggeris yang dibakar segar.

Promosi ini ditawarkan selama dua minggu, dari 9 hingga 22 April 2012 di restoran McDonald’s yang terpilih. Tawaran khas ini terhad kepada 4 pembelian dalam setiap resit. Promosi ini tidak ditawarkan bagi McDelivery™, perkhidmatan katering ataupun di restoran McDonald’s Genting dan lapangan terbang.

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Sarah Casanova berkata, “Di McDonald’s, kami sentiasa peka dan prihatin terhadap pelanggan, dan berusaha untuk memenuhi segala permintaan mereka. Pelanggan kami telah menyatakan hasrat untuk mendapat sarapan pagi yang enak dengan ramuan berkualiti pada harga yang berpatutan. Hidangan Sarapan Pagi McDonald’s mampu menepati permintaan ini, di samping membekalkan makanan berkhasiat untuk memulakan hari mereka dengan penuh ceria.”

Sarapan Pagi McDonald’s dihidangkan di rangkaian restoran terpilih di seluruh negara bermula 4 pagi sehingga 11 pagi setiap hari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Feel Good Run Terima Sambutan Hebat

Maxis Lancar Perkhidmatan E-Buku Pertama Di Malaysia