in ,

Maxis Lancar Perkhidmatan E-Buku Pertama Di Malaysia

MAXIS MELANCARKAN PERKHIDMATAN E-BUKU YANG PERTAMA DI MALAYSIA

• Maxis yang pertama melancarkan perkhidmatan buku digital bersepadu untuk pelbagai peranti
• ‘Maxis ebooks’ membolehkan akses yang cepat dan sebenar kepada perpustakaan digital yang meluas
• Pelanggan boleh menyemak imbas, membeli dan membaca buku-buku tempatan dan antarabangsa melalui aplikasi percuma Maxis pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
• Maxis ebook adalah peneraju dalam menyediakan pelbagai kandungan untuk rakyat Malaysia serta meningkatkan pengalaman peranti pintar mereka

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, hari ini melancarkan Maxis ebooks, perkhidmatan buku digital pertama di Malaysia yang boleh digunakan di pelbagai peranti. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan Maxis akan mempunyai akses kepada lebih 300,000 judul buku tempatan dan antarabangsa dari lebih 40 kategori. Maxis ebooks mempunyai antara muka (interface) yang mesra pengguna dan berfungsi melalui kedai buku digital berasaskan-awan, di mana pelanggan boleh memuat turun buku secara percuma ke iPad atau tablet Android pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka mahu.

Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

T. Kugan, Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis berkata, “Maxis telah mengenalpasti perubahan ke kandungan digital dan dengan pelancaran ebook Maxis, kami juga sedang berusaha menyediakan pembaca di Malaysia dengan pengalaman yang mudah untuk melayari, membeli dan membaca buku-buku tempatan dan antarabangsa kegemaran mereka pada tablet atau komputer. Ini juga memberi penerbit, pengarang dan institusi pendidikan tempatan dengan satu platform mantap yang membolehkan mereka mencapai jumlah pengguna yang lebih besar.”

Maxis ebooks boleh didapati di peranti yang menggunakan sistem operasi Apple dan Android seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab, dimana e-buku boleh digunakan segerak dengan sehingga enam peranti. Perkhidmatan ini juga membolehkan pelanggan untuk membina perpustakaan sendiri mengikut judul kegemaran mereka dan mempunyai pelbagai ciri-ciri seperti kamus, penanda (bookmarks) dan fungsi nota. Judul yang tersedia adalah daripada jualan terbaik dan novel hingga ke kategori gaya hidup serta bantu diri.

Harga buku digital yang boleh dimuat turun melalui Maxis ebooks bermula dari RM8 hingga RM99 dalam bahasa tempatan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina serta bahasa-bahasa antarabangsa. Terdapat juga 45 judul percuma yang ditawarkan kepada pelanggan. Pembelian akan ditunjukkan dalam bil Maxis pelanggan atau dipotong daripada akaun Hotlink mereka.

Sebagai insentif tambahan, pelanggan boleh memuat turun e-buku percuma dari pelbagai judul tanpa dikenakan caj data sehingga 31 Mei bagi mereka yang memuat turun buku-buku menggunakan rangkaian 3G Maxis.

Melalui tawaran ini, Maxis juga merancang untuk memupuk perkembangan buku-buku tempatan dan kandungan dengan bekerjasama dengan penerbit, penulis dan institusi pendidikan tempatan. Setakat ini, Maxis telah bekerjasama dengan Cempaka Schools untuk mengedarkan kandungan pembelajaran yang terdiri daripada penerbitan dan bahan-bahan rujukan oleh guru melalui Maxis ebooks, dan membolehkan para pelajar mengakses kandungan tersebut secara digital. Cempaka Schools merupakan sekolah yang pertama yang berkerjasama dengan Maxis untuk perkhidmatan ini, dan Maxis berancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak sekolah pada masa depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis ebooks, sila layari www.ebuuk.com.my atau muat turun aplikasi Maxis ebooks, yang boleh didapati secara percuma dari Google Play dan App Store Apple.

Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chicken Muffin McDonald’s

Keluarga Tetap No 1 – Faizal Tahir