in

Black, Sim, CC dan Hong di Final So You Think You Can Dance Malaysia

Siapa Juara?

Black, Sim, CC dan Hong di Final So You Think You Can Dance Malaysia Malam Ini

Malam ini, So You Think You Can Dance Malaysia, musim kedua akan sampai ke kemuncaknya. Siapa yang akan jadi juara dan bergelar penari terhebat Malaysia selepas Alam pada musim pertama akan terungkai pada malam ini pada jam 8.30 malam dan akan dibawa secara langsung oleh 8TV dari Ruums, Kuala Lumpur.

Pada siaran langsung pada minggu lepas, Sly dan Jojo telah disingkirkan, maka tinggallah empat peserta final iaitu Black, Sim, CC dan Hong.

Malam ini, Black, Sim, CC dan Hong akan menempuh cabaran yang paling penting dalam pertandingan ini untuk menentukan siapakah penari kegemaran Malaysia pada malam ‘Grand Finals’ nanti.

Pada 25 Julai lalu, 8TV telah mengadakan sidang media untuk memperkenalkan empat orang peserta final di Hotel Prince Kuala Lumpur jam 4 petang.

Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi, Cik Lam Swee kata

“Kami telah mencungkil bakat ramai penari pada tahun ini. Kami juga berbangga kerana dapat memberi peluang dan menjadi platform untuk mereka menunjukkan kemahiran kepada masyarakat Malaysia. Dalam masa kurang seminggu, kita akan mengetahui siapa yang bakal digelar penari terhebat Malaysia dalam acara ‘Grand Finals’ nanti. Mereka merupakan penari-penari terbaik di kalangan peserta dari kedua-dua musim,” tambahnya lagi “Setiap peserta mempunyai kekuatan dan keunikkan masing-masing dan yang pasti penonton Malaysia pasti menghadapi kesukaran memilih pemenang musim ini.”

Mengenai statistik bagi rancangan So You Think You Can Dance musim ini pula, Kim menambah

“Program ini masih menjadi antara program utama untuk stesen kami. Dari jumlah penonton pula, bagi setiap episod purata sekitar 400,000 orang dan dijangka meningkat pada acara ‘Grand Finals’ nanti. Selain itu, untuk musim ini kami telah menyiarkan program ini secara dalam talian melalui laman web dan mendapat sambutan yang cukup mengalakkan apabila hampir 30,000 pengunjung dalam setiap minggu. Ini sesuatu yang membanggakan.”

Musim ini, sistem pemarkahan masih mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya. Juri di studio pula terdiri daripada Pat Ibrahim, seorang pengarah dan koreografer yang tidak perlu diperkenalkan lagi berikutan kejayaan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Ramli Ibrahim pula merupakan ikon besar yang cukup dikenali dan dikagumi terutamanya peminat-peminat kesenian India. Baru-baru ini dia telah mengarah sebuah seni persembahan tarian klasik berjudul ‘Stirring Odisi’ yang berasal dari Tenggara India.

Manakala juri ketiga pula ialah Judimar Hernandez, seorang guru tari dan koreografer dari Jabatan Seni Persembahan di Sekolah Sri Cempaka, Kuala Lumpur. Judimar telah banyak terlibat dalam persembahan muzikal dari dalam dan luar negara. Dia juga pernah merangkul beberapa anugerah kesenian termasuk di Anugerah Kesenian Boh Cameronian pada 2002.

Bagi finalis tahun ini yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur, Ong Tze Hong atau lebih dikenali sebagai Tze Hong, 27, dia tidak menyangka terpilih menyertai pertandingan ini dari ribuan peserta yang turut sama diujibakat.

Bila ditanya bagaimana persiapan untuk acara ‘Grand Finals’ nanti, Hong berkata

“Saya tidak sabar menanti minggu ini. Setelah berkerja keras, mungkin ini hasilnya. Kalau hendak dikatakan siapa yang perlu saya takuti, rasanya, diri saya sendiri,”

Hong pernah menyertai Mr. Fitnessman Asia Pacific 2005. Manakala CC yang memakai nama penuhnya Yong Ling Shi adalah seorang pemegang ijazah komunikasi ini juga tidak menyangka layak hingga ke peringkat akhir.

“Saya cukup bersyukur kerana dapat sampai ke peringkat ini. Ianya sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Selain dari itu, bila menyertai program ini, saya tidak menyangka terdapat ramai rakan yang menyokong. Bahkan, ada juga yang baru menjadi kawan saya,”

Cukup berminat menonton siaran MTV, sebab itu juga dia mengikuti kelas tarian. Namun, hasil usahanya selama ini membuahkan hasil apabila, Ng Kar Fei atau Black berjaya menjadi antara empat peserta akhir sekaligus bakal menjadi penari terhebat Malaysia.

Ironinya, dia berkawan rapat dengan Sim dan Hong, datang ke uji bakat bersama-sama dan mereka bertiga juga menjadi peserta terakhir. Tatkala ditanya jika dia mengundi untuk rakan-rakannya itu, Black menjawab “Saya hanya mengundi untuk diri saya. Bahkan, saya juga meminta mereka (Sim dan Hong) mengundi untuk saya,” katanya sambil berseloroh.

Jika mereka memenangi gelaran sebagai penari kegemaran Malaysia, peserta bakal membawa pulang RM 50,000.00 dan juga biasiswa pengajian di Kolej Segi. Itulah yang menjadi idaman bagi peserta dari Petaling Jaya ini iaitu Sim.

“Saya akan simpan wang kemenangan sebanyak RM 50,000.00 untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selain itu, saya juga bercita-cita mengikuti pengajian di dalam bidang komunikasi di Kolej Segi,” bicaranya lagi “Dari sudut persedian, saya perlu memastikan stamina dan tenaga pada tahap terbaik. Selain itu perlu bekerja keras untuk empat jenis tarian pada peringkat akhir nanti,” ujarnya yang sudah tujuh tahun terlibat dalam bidang tarian.

Sehari sebelum acara kemuncak di ‘Grand Finals’ pada 1hb Ogos nanti, sebuah episod eksklusif ‘The Road to Finals’ akan disiarkan pada hari Khamis, 31 Julai 2008 pada jam 9.30 malam, khas untuk peminat-peminat So You Think You can dance.

Untuk menyemarakkan lagi program ini, 8TV ingin berkongsi keseronokan bersama peminat-peminat dengan memberikan tiket-tiket eksklusif dalam membolehkan mereka menonton ‘Grand Finals’ secara langsung di Ruums, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket eksklusif tersebut boleh didapati di laman web rasmi 8TV di www.8tv.com.my/sytycd atau pun mendengar pengumuman di Fly FM dan juga 8TV Quickie selain peraduan di majalah dan akhbar-akhbar terpilih.

So You Think You Can Dance diterbitkan dan diarah oleh Sunil Kumar dan diacarakan oleh si cantik manis, Aishah Sinclair.

[tags]winner So You Think You Can Dance, sythyd, pemenang, sunil kumar, hong dancer, planet hollywood kl, seminyak, sofitel hotel bali, bridesmaid, budget wedding, dating website, wedding vows, MEDIA HIBURAN, myeg, portia de rossi marrying ellen de generes, list, mirrors review, rapidkl, julia stiles sister[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3

Gambar Ida Nerina Pelakon Filem Susuk di Pelancaran Video Klip Atilia