Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Bintang Shila OIAM Lebih Menyerlah Dengan Clean&Clear

Budiey rasa, korang semua dah kenal Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, seorang penyanyi remaja yang terkenal lahir dari program realiti One In A Million musim kedua. Walaupun Shila dinobatkan sebagai naib juara, tetapi aura keayuan remaja lincahnya begitu menyerlah dan terus melangkah maju. 

Khabarnya tak lama lagi, Shila akan menyanyi di sebuah konsert mega bersama dengan kumpulan Ran. Menyentuh pasal album pula, Shila telah lahir dengan single terbarunya, Tunjukkan Cintamu pada 4 Februari lalu. Harap-harap, dapatlah tengok Shila lancarkan album penuh pada tahun ini.

Budiey dikhabarkan, lagu Tunjukkan Cintamu telah memasuki beberapa carta lagu popular di Indonesia. Shila memang seronok, happy dan rasa lega apabila peminat di Indonesia dapat menerima suara Shila. Mulanya mereka menganggap Shila penyanyi Indonesia, tetapi apabila diterangkan barulah mereka sedar Shila sebenarnya penyanyi dari Malaysia.

Terbaru, Budiey dapat tahu yang Shila terlibat dengan Clean&Clear Shila Campaign! Wah! Bertuah betul Shila, sekarang ni memang artis yang sentiasa menguntum senyum manis ini begitu laris. Mengapa? Budiey rasa sebab Shila punya attitude yang lincah dan sebagai ikon remaja yang lebih cergas, trend, sihat dan berjiwa matang! Patutlah, Shila ke kuliah tak pakai make up sebab kulit dia memang cantik giler! Shila memang suka natural dan hanya pakai pelembap bibir aje. Tapi yang menonjol, kulit Shila begitu putih bersih. Itulah hasilnya kalau dah guna Clean&Clear Fairness.

Jangan tak tahu, impak yang maksima menggunakan Clean&Clear Fairness memang mengkagumkan dan menjadikan wajah anda punya aura selebriti yang tiada tandingan. Mau kecerahan semulajadi dan kulit lebih gebu dan muda? Ha, masanya sudah tiba untuk bertukar dan buat transformasi yang drastik dalam hidup anda! Ingat Shila, korang pasti ingat Clean&Clear Fairness. Ini lah kesannya menggunakan Clean&Clear Fairness yang semestinya patut dicuba oleh semua remaja! Sesuai untuk jiwa remaja yang masih punya umur yang masih muda! 

Baru sekejap tadi, Budiey telah menonton sebuah iklan Shila di kaca TV. Memang gempak jugak video muzik yang menampilkan anak kepada N.D Lala ni. Mempromosikan Clean&Clear Fairness. Ha, kalau korang nak tahu, produk ini sebenarnya istimewa untuk merawat kulit remaja yang inginkan kecerahan, muda dan gebu seperti Shila!

Dulu, pernah sekali la cuba produk nih, masa kat asrama. Pencuci mukanya tidaklah mengeringkan kulit kita malah ianya melembapkan. Yang penting, formula bebas minyak menjadikan kita senang untuk guna setiap hari. Kalau dulu, kulit Budiey berminyak sekarang, dah kurang sikit. Mujarab jugak!

Apa Itu Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar”?
Okayl ah Budiey nak cerita tentang Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar”, satu lagi kempen yang melibatkan penyanyi pujaan ramai ni kepada korang semua.

Sebenarnya, MASA UNTUK MENYINAR adalah satu program realiti show untuk mencari sahabat paling BERBAKAT untuk turut bersama dengan Shila dalam muzik videonya yang baru iaitu HANYA KITA!

Dibawakan secara eksklusif oleh Clean & Clear yang mahukan para remaja membuktikan kepada dunia mereka boleh menyanyi dan menari dengan serentak. Peraduan ini telah dilancarkan pada 20 Oktober 2008 selama 3 minggu untuk mencari pasangan sahabat paling berbakat. Kemudian, 10 pasangan telah disenarai pendekkan dan dipanggil untuk diujibakat. Pada 23 November 2008, satu sesi ujibakat telah diadakan di Media Prima dan kesemua dari 10 pasangan telah lakukan yang terbaik.

Akhirnya, pasangan Fasya dan Farisa telah dipilih sebagai pemenang. Tahniah, Budiey ucapkan kepada kedua remaja comel ni. Mereka berdua dipilih kerana personaliti mereka hebat, daya keyakinan yang tinggi dan mereka mempunyai kulit yang sihat dan fresh! Mereka berdua dipilih kerana mereka bijak menggunakan ekspresi karakter dan jiwa mereka yang selalu ceria. Yang lebih memeranjatkan, mereka berdua mewakili remaja kini yang bebas untuk memilih haluan hidup, bebas untuk berseronok dan bebas untuk memberikan cabaran dalam hidup mereka.

Wow! Fasya dan Farisa pastinya akan sentiasa kelihatan jelita dan menyerlah keanggunannya selepas menikmati Kempen Clean&Clear

 

Fasya dan Farisa yang ceria sepanjang masa di mana jua!

Untuk hasilkan muzik video, Fasya dan Farisa telah dilatih dengan tarian sebelum pengambaran.

Dan hasilnya… Budiey kira satu video klip terbaik pernah Budiey tonton! Nampak jelas dalam muzik video tu, Fasya dan Farisa begitu bersemangat, berfikiran positif, mesra dan sangat yakin! Mereka tidak pernah berputus harap untuk menggapai impian dan segala usaha mereka laburkan dah pun mendapat hasilnya! Seharusnya terima kasih kepada Clean&Clear kerana telah menjadikan impian mereka satu kenyataan untuk menjadi bintang!

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Tiket Konsert Final One In A Million OIAM Untuk Peminat Shila
  • Gambar Shila OIAM di Anugerah Juara Lagu 23
  • IZ OIAM dan Shila di The Curve Hari Raya Celebration Show
  • Kad Raya IZ OIAM Yang Klasik
  • Gambar Shila OIAM di Red Karpet AJL24
  • Ucapan Selamat Hari Raya Dari Shila dan IZ OIAM
  • Program Jadi Hannah Montana Rock bersama Shila
  • Sidang Media One In A Million Musim Baru
  • Ernie Zakri, Ramlah Ram, Juliza Adlizan Dalam Pesona Bintang
  • Gambar Baju Ayu OIAM di Anugerah Bintang Popular



  • 14 Komen untuk entri “Bintang Shila OIAM Lebih Menyerlah Dengan Clean&Clear”

    1. aleanza kata:

      cute nyerrrrrr

    2. liza kata:

      suka tgk iklan dia dgn aznil psl hannah montana tu…suker part yg last tuh..dia kata “that’s my line” cute dan nakal.

    3. nie aku kata:

      aku tgk skrg nie shila lebih byk tawaran drpd ayu… kiranyer ayu popular mase br2 menang jer pastu senyap… kira skrg rezeki shila plak yg aku tahu dia wat iklan coca-cola , aiskrim dan yg terbaru ni Clean&Clear semoga sukses2 slalu..

    4. june kata:

      mmg comel pun anak nd lala ni..cak pong cak pong…

    5. JOIN LA WEH! kata:

      nampaknya di malaysia ni mmg rupa is very important kan..kalau takde rupa, sore ko sedap mcm manapon..susah nk jual.kesian ayu,nama je juara but later yg lebih success is shila..go girl!

    6. mazuki selangor2u kata:

      cun nya beliau ini

    7. EX 5 kata:

      saya ber harap shila akan tersohor malaysia

    8. EX 5 kata:

      di rumah saya tak ada astro lusa baru nak beli

    9. syafina ahmad kata:

      go go SHILA ur the best tak lupa juga untuk fasya n farisa tingkatkan kejayaan anda bertiga

    10. syafina ahmad kata:

      memang comel sgt ketiga2 mereka ni saya harap shila teruskan bersama fasya n farisa rakan anda dlm clean n clear fairness ini nampak serasi sgt dan kalau boleh teruskan berjuang bersama didalm iklan2 yg lain..mantap gitu…… U GO GIRLS….

    11. shamimi kata:

      shila sebenarnya cantik

    12. shamimi kata:

      shila saya nak jumpa awak dengan adik awak boleh.

    13. shamimi kata:

      go go shila teruskan berlakon

    14. shamimi kata:

      go go shila teruskan berlakon dengan dafi dan clean and cler

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!