in , ,

Faizal Tahir dan Anita Sarawak di Minggu Setiausaha PNB Darby Park

Seorang merupakan diva tersohor dan seorang lagi adalah penyanyi yang cukup menyerlah bakatnya pada masa kini – gandingan mantap dua bintang hebat ini pastinya akan menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 April ini.

3352815320 01Cc90E6D2 O | 4

Anita Sarawak dan Faizal Tahir akan menghiburkan kira-kira 1,000 tetamu dengan persembahan bertenaga mereka dengan diiringi barisan pemuzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Acis.

Selain persembahan hebat dua bintang ini, tetamu yang hadir pada Minggu Setiausaha itu juga akan turut membawa pulang cenderamata menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup hebat.

Hadiah utama cabutan bertuah itu ialah merupakan set bilik tidur bernilai RM18,000 tajaan Empire Classic Furniture. Turut menjadi penaja ialah Rafflesia, Jovian Mandagie, Silvana Ultimate dan Emma Lisz.  

Bertemakan warna perak dan hitam, tetamu yang tampil dengan pakaian yang menarik akan berpeluang dinobatkan ‘Pakaian Terbaik’.

Harga untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal Tahir adalah RM450++ dan RM280++ seorang. Tempahan boleh dibuat di talian 03-74903333/579/696/443.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang Shila OIAM Lebih Menyerlah Dengan Clean&Clear

Agnez Mo | 16

Lagu ALLAH PEDULI Agnes Monica Akan Diharamkan di Malaysia