Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Bienda, Raihan, Hafiz Hamidun Dalam Sirahmu Di Aidiladha



SIRAH MU DI AIDILADHA PADA 08 DISEMBER 2008 (ISNIN), JAM 12.05 TENGAH HARI DI RTM1

Jika ada pendapat yang menyatakan hiburan itu sesuatu yang menjurus ke arah kelalaian dan mendidik hati jauh daripada jalan kebenaran semata-mata, telahan itu kini nyata hanya omongan kosong yang perlukan bukti untuk diakui kesahihannya.

Meskipun meniti landasan atas nama hiburan, masyarakat kini lebih terbuka penerimaan yang cuba disampaikan termasuklah irama nasyid yang suatu ketika dahulu pernah menguasai pasaran industri muzik Malaysia dengan kemunculan Kumpulan Raihan dengan perjuangan lagu-lagu nasyid yang cuba mendidik hati pendengar dengan lirik berunsur nasihat yang cuba disampaikan.

Bienda yang comel

Justeru sempena kehadiran Hari Raya Korban ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba untuk mengajak penonton sama-sama berhibur menerusi  Sirah Mu Di AidilAdha, sebuah rancangan hiburan yang menampilkan kumpulan nasyid terkenal Raihan dan juga rakan-rakan artisnya yang lain pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 12.05 tengah hari menerusi RTM1.

Sirah Mu Di AidilAdha mengetengahkan pengertian Hari Raya Aidil Adha di mana kumpulan Raihan akan bercerita tentang beberapa topik seperti pengertian qurban, kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, sejarah dan Fadhilat menunaikan haji dan sebagainya. Setiap ahli kumpulan Raihan akan bercerita sambil menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh beberapa orang kanak-kanak yang turut sama menjayakan rancangan ini.

Cerita-cerita ini akan disusuli dengan paparan visual yang berkaitan kisah-kisah pengajaran yang telah disampaikan. Malah selain dari itu Raihan juga turut mengundang beberapa artis lain untuk membuat persembahan dalam bentuk klip video yang dirakamkan semula seperti Bienda dengan lagu popularnya Penantian, Hafiz Hamidun menerusi lagu Bilakan Damai dan Akhbar dengan lewat lagu berjudul Kemarau.

Istimewanya, Raihan juga akan menyampaikan empat buah lagu yang pernah dipopularkan oleh mereka iaitu Haji Menuju Allah dan 25 Rasul dan juga dari album terbaru mereka. Seramai 12 orang kanak-kanak yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun turut diundang untuk menjayakan rancangan ini.
 
Pastinya diharapkan agar anda tidak melepaskan peluang berhibur sambil menghayati kisah-kisah pengajaran yang mengisi program khas tontonan seisi keluarga ketika sama-sama meraikan perayaan Hari Raya Korban ini menerusi Sirah Mu Di AidilAdha, pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 12.05 tengah hari di RTM1.

Hafiz Hamidun

Raihan

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal
  • Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun
  • Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
  • Gambar Terbaru Bienda Pelakon Budak Kelantan Selepas Pembedahan
  • Gambar Hafiz Hamidun @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Video Dato’ Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Asma Ul Husna di Studio
  • Quotes Of The Day: It’s Official Now, I’m Single
  • Hafiz Hamidun Sertai Pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan
  • Isu KEBAS DUIT: RAIN Tak Puas Hati dengan Hafiz Hamidun?
  • Program Khas Aidiladha di RTM



    • syafiq

      a’kum abg budiey bienda akan muncul pada hari raya aidiladha hari isnin depan…

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Hafiz H ni yg hos carta nasyid tv9 tu ke?

    • http://www.obefiend.blogspot.com/ obefiend

      bienda freaks me out with her weird wonky eyes! malaysia’s paris hilton? the eyes matched!

    • connie

      wow..pipi bienda mcm nk meletop

    • http://www.uttsb.uum.edu.my Jom Cuti-Cuti Malaysia

      betol la connie pipi bienda tu macam nk meletup.. beinda ni makin gemuk ke kesan ubah penyakit dia tu.. tapi kawan aku ada masalah jantung gak.. takde la gemuk.. kurus kering jer aku tengok

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Smoga para jemaah slamat mnunaikn ibadah haji n smoga mndapathaji mabrur.. insyaAllah .. SELAMAT MNYAMBUT AIDILADHA..

      Ummie Cute .. dh brcuti ke?

      Raihan ..
      http://www.youtube.com/watch?v=m6t7_HLTRkk

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Upss.. tgok muka esp. pipi Bienda tu tringat Heather O’Rouke.. (err.. nauzbillah lh jdi cmtu kn).. Bienda tgh happy sgt la tu kut …



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK