in ,

Gambar Anak Kedua Bienda Bernama Laxiendra Namiraz

Menurut sumber Berita Harian Online, penyanyi dan ahli perniagaan, Bienda selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Laxiendra Namiraz Kamarul Zariman pada 23 Oktober lalu di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur.

Laxiendra yang juga anak keduanya dilahirkan sekitar jam 8.14 malam. Hasrat Bienda untuk melahirkan anak secara normal juga tidak kesampaian kali ini kerana berdepan dengan masalah yang tak dijangka.

Sebelum ini, anak sulungnya, Lavienda Namiraz dilahirkan secara pembedahan juga. Anak keduanya ini dilahirkan awal daripada waktu yang dijangkakan iaitu pada 2 November depan.

Sebelum ini juga Bienda berharap dikurniakan anak lelaki tetapi ternyata rezekinya masih pada anak perempuan.

“Memang tak ada rezeki saya nak lahir secara normal. Tapi saya bersyukur anak kedua ini sihat walafiat dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari awal doktor pun cakap sepatutnya tak ada masalah untuk bersalin secara normal. Tapi tiba-tiba tak tahulah kenapa saya demam panas sejak Rabu lalu. Keesokan harinya terus rasa sakit nak beranak dan bergegas ke hospital. Tak sampai sejam di hospital air ketuban saya pecah dan degupan jantung anak saya pun berdegup lagu. Jadi bimbang membahayakan kesihatannya, doktor suruh saya bersalin secara pembedahan saja,” katanya yang akan berpantang di Kuala Lumpur.

Budiey.com ucapkan tahniah buat Bienda dan suami. Semoga baby Bienda membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna. Insyaallah. Amin.

28babybienda3.transformed

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIRISH MIRACLE Lancar Sabun GLAMOROUS FUCHSIA

Sacoor Brothers Dresses Cast & Crew of TERBAIK DARI LANGIT