in ,

Betul Ke Shahz Jaszle Bergaduh Dengan Zubir?

[dropcap]B[/dropcap]udiey ada terbaca satu berita bergambar tentang pergaduhan antara Shahz Jaszle dengan wartawan terkenal, Zubir yang dilaporkan mereka telah bertikam lidah dalam satu pertemuan semalam. Kejadian berlaku semasa sesi temubual yang diatur oleh wartawan terkenal di ruangan Bi-Bop itu di satu lokasi. Keadaan menjadi tegang apabila Zubir dikatakan telah memarahi Shahz Jaszle.

shahz jaszle zubir

Setelah berita tentang hubungan Shahz Jaszle dengan seorang gadis yang bernama Farah dihebohkan di semua media, maka ramailah media lain yang mahukan sesuatu yang eksklusif.

Melalui laman sosial Intagram dan Facebook miliknya, Zubir telah memuat naik gambarnya bersama Shahz Jaszle yang tertulis ‘Masam2 manis sepetang bersama @shahzjaszle’.

Menurut Astro Gempak, gambar itu kelihatan sangat mesra dan tidak membuktikan berlaku sebarang ‘percakaran’ atau perselisihan faham sebelum itu.

Dan maklumbalas daripada Zubir kepada Astro Gempak ialah “Jangan dengar dan percaya pada spekulasi..”

Astro Gempak percaya, penulis sebaik dan sehebat Zubir tidak akan melakukan perkara seperti yang didakwa kerana sebagai seorang wartawan profesional sudah tentu etika kewartawan dipatuhi. Tapi Budiey rasala kan, mereka betul-betul bertikam lidah. Mesti ada yang tak kena ni, kan?

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tune Hotels Mega Sale Promotion For Raya

Almy Nadia Pasrah Rumah Terbakar & Ibu Patah Tulang