in

Almy Nadia Pasrah Rumah Terbakar & Ibu Patah Tulang

[dropcap]P[/dropcap]ortal Mstar Online hari ini melaporkan tentang berita yang sedih di mana Almy Nadia Almy Nadia ditimpa ujian lagi selepas putus cinta dengan Fizz Fairuz apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit. Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain.”

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama. Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas. Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut. Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini.”

Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.

“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat. Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan.”

Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.

“Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri. Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan,”

Almy Nadia kini sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah. Sumber: Mstar Online

Kepada Almy Nadia, jangan sedih-sedih okay. Bersabar ya, mungkin ini dugaan dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.

babak airmata oleh Almy Nadia dalam Drama Maghfirah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Sabarlah almy.. rumah saya juga pernah terbakar setahun yang lepas (13 Jun), dekat2 jugak dgn tarikh rumah awak terbakar… Dah la terbakar, contractor tipu duit insurance yang kami dapat pulak tu.. akhir nye, sampai ke hari ni tak dapat nk siap kn rumah.. Cuma dapat repair bumbung dan kerja2 pembersihan rumah je supaya tak masuk hujan…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Betul Ke Shahz Jaszle Bergaduh Dengan Zubir?

Pertandingan Akhir Pencarian Wajah Ched Beauty