Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Awal Ashaari Ditahan Polis Kini Dibebaskan



Masa Budiey tengah tonton Buletin Utama tadi, terkejut gak dengar 3 orang Pelakon Ditahan di Pusat Hiburan, Rooftop Lot 10, Jalan Bukit Bintang… dan visual telah menunjukkan beberapa orang pelakon dan ada ternampak seorang selebriti yang sangat Budiey kenali… gambar wajahnya dikaburi tapi memang sangat dikenali. Sukar untuk dipercayai… dan… mmm… nasib baik, sekarang semua dah okay. Budiey ada dengar juga pelakon lelaki yang membawa watak Budi dalam Blogger Boy juga telah ditangkap kerana positif dadah.

Berita-berita macam ni lah yang membuatkan peminat tak suka nak dengar.

Awal Dibebaskan, Ujian Air Kencing Negatif

KUALA LUMPUR: Berikutan penahanan seorang pelakon dan pengacara lelaki berusia 28 tahun pada awal pagi tadi, timbul desas-desus mengatakan artis terbabit adalah Awal Ashaari. Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, Awal disahkan antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.

Artis itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.  Difahamkan, pelakon Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Bagaimanapun Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.

“Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali. Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut namun tidak menafikan bahawa Awal terbabit dalam serbuan itu.

Beberapa orang pemuda termasuk seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen dibawa keluar oleh anggota polis dari sebuah pusat hiburan haram yang terletak di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.-Foto BERNAMA.

Usaha untuk menghubungi Awal, Scha dan Juliana bagaimanapun menemui jalan buntu apabila mereka tidak menjawab panggilan. Selain mereka bertiga, dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan. Terdahulu, Sharifah Hawariah berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. Bagaimanapun, ]Awal kemudiannya dibebaskan setelah hasil ujian kencing didapati negatif. [sumber]

Ini pula berita yang dipetik dari Kosmo… ciput je beritanya.

Lima artis adalah antara 361 pengunjung pusat hiburan eksklusif Rootz Club di pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini yang terkedu apabila premis tersebut diserbu secara tiba-tiba oleh polis semalam.

Serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan di tingkat lapan ruang bumbung pusat beli-belah Lot 10 yang menempatkan pub yang didakwa popular di kalangan artis dan orang kenamaan.

Daripada mereka yang ditahan, 20 positif ujian air kencing, dua ditahan kerana memaki hamun polis dan dua lagi ditangkap kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis
  • Sidang Media Awal Ashaari di Malam Final Sehati Berdansa
  • Gambar Awal Ashaari di Karpet Biru AIM 18
  • Farahrizan Dibebaskan & Ulangtahun Ke-2 Budiey.com
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Valley of The Wind Korea
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seorak Cable Car
  • Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi
  • Penyanyi Andi A.Merican Ditahan & Dilokap?
  • Mamat Exist Dibebaskan Dari Dakwaan Curi Telefon Bimbit
  • Pelakon & Tunang Ditangkap Kes Dadah



    • hani

      then nape die punye pengurus tu mmg bukan awal?? hhmmmmmmmmmmm

    • hani

      then nape die punye pengurus tu ckp tu mmg bukan awal?? hhmmmmmmmmmmm

    • refnie

      Tadi tgk buletin tv3….memang perasan macam awal la…..

    • adiey

      yg umur 40an duda tu sapa…ridhuan hashim ker? sbb kepala botak…serkap jer

    • jejaka@anip

      da2 je artis kite nie..
      kna tngkap sna-sni…
      you all roll model…
      but????????
      lu pikirlh sndiri…

    • orange82

      PADAN MUKER KO AWAL.BALASANNNNN…………………..

    • yatt

      haaa… akhirnya kebenaran dh terbongkar… dh tu kena tangkap waktu bersosial plak.. Fahrin u r rite.. scha xpadan ngan fahrin sbb fahrin lelaki yg baik.. lelaki yg baik utk perempuan yg baik.. kalu kaki clubbing memang sesuwai le ngan awal tu… fahrin kt luar lg ramai perempuan2 yg baik dn cantik dr scha tu.. no regret..

    • adekepatut

      Padan muka..xsangka awal n scha kaki clubbing punya org..klu juliana tu sedia maklum la…selamat fahrin.

    • adekepatut

      Padan muka..xsangka awal n scha kaki clubbing punya org..klu juliana tu sedia maklum la…selamat fahrin.

    • eliza

      Yezzzz,,kebenaran terbongkar !!! budak kampung bila dah porpular begini lah jadinyer…memalukan emak bapak yg berada di kampung tu !!!
      I hate tis Scha..memang LIAR !!!
      to Fahrin..Allah senantiasa bersama orang yang BENAR..Wish you all the best Bro..Murah rezeki..melimpah luah..AMIN

    • Tabuan

      YEK ELEH BARU KENA SERBU DAH KECOH…..

      AKU INGAT KAN ARTIS2 NI KENA TANGKAP PASAL DADAH, PASAL SEX ORGY DLM CLUB !

      Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus berkata :

      pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa

      lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

      YG AKU PELI DAN HERAN SGT2….

      CLUB TAK BERLESEN DAH 6 BULAN BEROPERASI…… ????
      MANA PEGI PENGUAT KUASA BAHAGIAN LESEN CLUB….???

      TAK BUAT KEJE KE………………………????

      BILA BAB TANGKAP ARTIS AJE KECOH BILA BAB TAK BUAT KEJE…
      TUTUP PUNYA TUTUP!

    • Jantan Terhangat

      serius..ape yg aku dgr artis tu mmg awal.
      sbb skrng ni aku dah 3 kali tgk awl ngan scha .
      ala awl n scha ni mmg tgk mmg gaya nak KL..
      malam tu sambut krismas..waktu kelab tu kena serbu hampir 80% Melayu..
      Nampak sangat sambutan krismas salah satu sambutan yg perlu bagi orang islam kita sekarang..
      kasi sebat je

    • dyat

      alah ni mesti kantoi amik barang gak…nape die xnak kena urien…..

    • anti Propa

      leh caya ker kata pengurus die……….nk coverline ler tuu………
      takut tertutup periuk nasi die..
      Allah Maha kuasa arrr wahai artis terkantoi ni…

    • nanie

      muka nampak baik sangat tapi …..

    • faizah

      yes,betul kata nanie.muka je nmpak baik tapi…..cepat2 tobatlah ye sblm trlambat.

    • foxy anne

      it’s true apa yg kwn i ckp…hjg thn ni baik dok rumah diam2..polis time2 macam ni la cari extra pocket money..sebab tu byk club kena serbu sana-sini..6 bln yg lalu diorang tak risau..dah tak dapat bonus, ni la alternatifnya.. bukan nak burukkan institusi polis tapi i pun ada experience. jangan cakap la polis ni tak amik rasuah.

    • http://google goodbye

      Kalau nak tulis yang baik-baik dan komen positif semata, baik tak buat blog ni budiy. Orang buat blog untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Takkan aku nak jadi dayus macam Awal yang membiarkan aweknya Scha
      bebas bergaul dengan jantan di club. Itu bukan budaya kita. Semuanya angguk-angguk, geleng-geleng. Kalau dah tak senonoh camne Fahrin tak geram. Sebab dia bukan dayus.

    • Hamba Allah

      Ntahapa2 jek perangai artis nih….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK