in ,

Arja Lee Pegang Watak Cikgu Lembut dalam CIKGU SU

Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak seseorang terutama kalangan murid yang dambakan ilmu pengetahuan daripada seorang pendidik yang dipandang mulia pekertinya.

Namun bagaimana pula sekiranya situasi berlaku sebaliknya bila seorang guru itu yang miliki personaliti ‘lembut’ dan dipersendakan pula oleh anak-anak muridnya?

Arja Lee Hidupkan Watak Cikgu “Lembut” Khas Hari Guru di TV1

Mengisi slot Panggung Ahad di TV1 pada 17 Mei ini, pukul 10.30 pagi, drama bertajuk “Cikgu Su” ini membariskan watak utama Cikgu Suhaimi atau Cikgu Su yang dilakonkan oleh Arjaa Lee dan dibantu oleh Noryati Taib, Zila Bakarin, Shima Anuar, Syafiq Syazim dan Ridhwan Rashid.

Mengisahkan guru lelaki bernama Cikgu Suhaimi yang ditugaskan mengajar di sebuah sekolah menengah. Perwatakkan Cikgu Suhaimi penyayang dan lemah lembut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Su sebagai nama panggilannya.

Malangnya akibat penampilan dirinya yang lemah lembut itu menyebabkan Cikgu Suhaimi dipermain-mainkan oleh sekumpulan pelajar lelaki nakal yang diketuai oleh murid bernama Jamal. Mereka gemar memperlekehkan Cikgu Suhaimi dan tidak hormat langsung kepadanya.

Sementara itu Cikgu Suhaimi gigih untuk berusaha mengembalikan keadaan sekolah tempat dia bertugas menjadi lebih aman dan ceria.

Kesabaran Cikgu Suhaimi teruji dengan kenakalan Jamal dan rakan-rakannya yang menghadiahkan kotak berisi katak kepadanya. Cikgu Suhaimi menjerit terkejut hingga ditertawakan oleh pelajar-pelajar yang lain.

Pengetua sekolah cuba menasihati Cikgu Suhaimi supaya menjadikan pelajarnya lebih berdisiplin dan hormat kepadanya. Begitu juga guru-guru sekolah yang lain turut bersimpati dengan layanan pelajar kepada Cikgu Suhaimi.

Hakikatnya Cikgu Suhaimi miliki strategi tersendiri untuk memperbetulkan keadaan tersebut. Adakah masih ada peluang dan ruang anak-anak muridnya memohon maaf kepada Cikgu Suhaimi atau pun sebaliknya? Saksikan kesudahan drama menarik ini mengisi slot Panggung Ahad di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luxury & Performance Hit The Right Note With McLaren & Meridian

Diva Says YES To Season 8 Of Say YES To The Dress Atlanta