in , ,

Semakin Maju & Sukses, Arja Lee Kini Pensyarah Di Universiti Malaysia Kelantan

Kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak beberapa bulan lalu, impian pelakon Arja Lee untuk menceburi bidang akademik menjadi kenyataan.

Menurut Arja, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pengajar serta berkongsi ilmu sebagai anak seni kepada generasi muda.

“Alhamdulillah, UMK menawarkan saya untuk berkhidmat menjadi pensyarah dalam bidang seni persembahan. Saya pun baharu saja menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang itu.

“Saya melihat tawaran itu satu rezeki yang cukup bermakna kerana inilah masa untuk berkongsi ilmu sebagai anak seni. Saya ingin melihat anak-anak muda kita bersedia dan cukup serba-serbi terutama yang ingin menceburi bidang seni.

“Saya berazam memikul tanggungjawab sebagai ahli akademik sebaiknya dan berbakti dengan ikhlas menabur ilmu. Jalan sudah terbuka dan saya perlu memanfaatkan sebaiknya kepercayaan diberikan UMK ini,”

– Arja Lee

Dalam pada itu, Arja berkata sudah tiba masanya untuk dia fokus dalam bidang akademik. Ujarnya lagi, memiliki kerjaya lain amat penting supaya tidak bergantung dengan pekerjaan sebagai artis.

“Saya sudah berada di tahap yang berfikiran jauh ke hadapan mengenai arah tuju hidup saya. Saya mencari jaminan kerjaya yang mampu memberikan saya kepuasan selain tidak risau mengenai pendapatan.

“Kalau sekiranya bidang glamor bukan lagi fokus saya selepas ini, sekurang-kurangnya masih dapat gunakan ilmu seni dalam akademik. Dan saya yakin jalan dipilih ini yang terbaik,”

– Arja Lee

Terdahulu, Arja mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Rose Dicop Anak Emas Stesen TV Gara-Gara Kerap Jadi Heroin

Lagu Raya Ernie Zakri ZAPIN LEBARAN Dirakam Dalam Tempoh Berpantang