in ,

Arja Lee Hos Travelog KENALI SEMPADAN

Bersama pengacara Arjaa Lee mengenali dan menjelajahi sempadan negeri-negeri di Malaysia, antaranya sempadan antara negeri Selangor dan Pahang, sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan dan lain-lain.

Sepanjang 13 episod siarannya, program travelog diberi tajuk “Kenali Sempadan” ini turut memaparkan sejarah, mengenali keunikan dan keistimewaan sosiobudaya, sosioekonomi, bentuk muka bumi juga dialek pertuturan di sesuatu kawasan termasuk di sempadan Thailand, Brunei dan Indonesia secara lebih dekat.

Arjaa Lee...hos Kenali Sempadan

Arjaa Lee Hos Travelog KENALI SEMPADAN di TV1

Menemui penonton mulai 14 November ini, setiap Rabu, pukul 4.05 petang di TV1, ikuti perjalanan Arjaa Lee mengunjungi Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang sebuah daerah yang bersempadan dengan daerah Gombak di negeri Selangor.

Beliau menemubual Ketua Kampung Janda Baik mengenai asal-usul perkampungan yang penduduknya adalah berketurunan Minang. Sumber ekonomi penduduk di sini berasaskan pertanian dan pelancongan. Penduduknya mengeksploitasi sumber alam dengan sebaiknya.

Perjalanan diteruskan ke Kodiang, Kedah dan mengunjungi Gua Kerbau iaitu sebuah tempat kunjungan para pelancong kerana keunikannya. Mengikut mitos, nama Gua Kerbau dipercayai diambil dari peristiwa seekor kerbau jantan yang menjadi batu setelah membunuh ibunya. Penduduk-penduduk di sini berasal dari keluarga di raja Kedah, Perlis atau Selatan Thailand berpandukan kepada pangkal kata nama iaitu Ku atau Wan.

Sementara itu mereka kemudiannya singgah di Daerah Kerian, Perak yang bersempadan dengan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Baru, Kedah. Ia dipisahkan oleh Sungai Kerian. Majoriti penduduk Kerian terdiri daripada etnik Banjar yang berpindah dari Banjarmasin sekitar kurun ke 19. Kebanyakan masyarakat Banjar bekerja sebagai petani dan perladangan.

Kota Kuala Muda, Kedah dan Galeri Tsunami 2004 destinasi seterusnya yang mempamerkan peristiwa bergambar bencana tsunami yang melanda Kuala Muda. Sempat merasa laksa kedah di Tanjung Dawai sambil menjamu mata di sebuah arked yang banyak menjual barangan hasil laut.

Episod berikutnya di Daerah Tanjung Malim, Perak yang bersempadan dengan Hulu Bernam, Selangor. Kedua-dua daerah ini dipisahkan oleh Sungai Bernam. Tanjong Malim dikenali dengan jolokan bandar ilmu kerana ia mempunyai salah satu pusat pendidikan tertua di negara ini iaitu Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Hos menyeberangi Sungai Bernam menuju ke Hulu Bernam di negeri Selangor dan disambut dengan nyanyian hadrah oleh sekumpulan pemuda dan dipaparkan adat memijak tanah yang masih diamalkan oleh masyarakat setempat.

hos Arjaa Lee lakukan rutin veterinar di stesen penternakan kerbau meragang Lawas

Perjalanan seterusnya ke Hulu Langat, Selangor dan Mantin, Negeri Sembilan. Di Hulu Langat beliau ke Kampung Sungai Jai, Beranang dan merasai masakan ikan keli salai. Di Kampung Sasapan Batu Minangkabau beliau disambut dengan tarian piring yang dipersembahkan oleh sekumpulan beliawanis dari kampung tersebut

Episod berada di Tanjung Agas di Negeri Sembilan dan Linggi di Melaka. Kedua-dua negeri dipisahkan oleh Sungai Linggi. Hos bersama beberapa orang pemancing telah memancing di bawah jambatan Linggi sambil menikmati pemandangan indah flora dan fauna yang terdapat di sepanjang sungai-sungai tersebut.

Di Sungai Rambai, Melaka dan Kesang, Tangkak, Johor pula kedua-dua negeri bersempadankan sebatang sungai iaitu Sungai Rambai. Hos telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di Sungai Rambai yang juga dikenali dengan jolokan ‘Kota Budaya Pesisir Sungai.’

Menarik di Rompin, Pahang dan Endau, Johor, kedua-dua negeri bersempadankan Sungai Endau. Rompin adalah pintu masuk ke Pulau Tioman melalui Jeti Tanjung Gemuk.

Hos telah mengadakan lawatan ke Kampung Sarang Tiong dan meneruskan perjalanannya ke Endau, Johor dan diberi taklimat oleh Ketua Kampung Sungai Padang mengenai sejarah Endau.

Ada juga kunjungan mereka di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang dan Gua Musang, Kelantan, yang menemu bual Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tungku mengenai sejarah dan kemudahan yang disediakan di kampung tersebut.

Sementara itu perjalanan ke Jertih, Besut, Terengganu dan Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan dimulai dengan singgah ke sebuah jeti yang digunakan untuk ke Pulau Perhentian.

Beliau turut meninjau ke Desa Ukiran Kayu bekas sebuah istana lama yang dikatakan berusia 200 tahun. lstana tersebut adalah bentuk asal senibina rumah tradisional Terengganu.

Tambah menarik perkongsian tentang pengalaman berada di Sipitang, Sabah dan Lawas, Sarawak. Beliau diberi penerangan oleh Ketua Daerah Sipitang mengenai sejarah nama Sipitang. Beliau kemudian disaji dengan sate dan kuih kalopis, dan ke Pasar Tamu Sipitang.

salah satu episod Kenali Sempadan

Di sana berbagai jenis barang diniagakan. Tamu ini menerima kunjungan bukan sahaja penduduk Sipitang tetapi juga dari Lawas dan Brunei. Di Kampung Hulu hos sempat mencuba mengemping dengan menggunakan lesung galang yang mengeluarkan bunyi seperti alunan muzik dan ke Kampung Mendulong bermain alat muzik bersama Kumpulan Bamboo Band.

Akhir sekali tentang perjalanan ke Lawas, Sarawak melalui Imigresen Sindumin iaitu sebuah pejabat Imigresen yang unik kerana berkongsi bangunan yang sama antara Imigresen Sabah dan Sarawak. Beliau kemudian meninjau kemudahan yang terdapat di Lapangan Terbang Lawas. Kemudian hos dibawa ke ladang ternakan kerbau dan diberi taklimat oleh Penolong Pegawai Veterinar mengenai kaedah untuk mendapatkan baka kerbau yang baik.

Di Tamu Lawas berbagai jenis barangan diniagakan. Pasar Tamu Lawas ini bukan sahaja menerima kunjungan penduduk tempatan malahan dari Sipitang dan Brunei. Hos ke Kampung Punang mempelajari bagaimana memproses ikan salai tahai dan sempat merasa beberapa jenis menu masakan ikan tersebut.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maya Karin Mencari Diri Menerusi GETAWAY

Farid Kamil Akan Dipanggil atas Dakwaan Cuba Dirasuah RM5 Juta