Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






APEK SERIKAN RAKAMAN RANCANGAN KHAS KOMEDI MUZIKAL

APEK SERIKAN RAKAMAN RANCANGAN KHAS KOMEDI MUZIKAL“ SELAMAT HARI RAYA JIRAN TETANGGA” DI AUDITORIUM PERDANA ANGKASAPURI PADA 17 OGOS 2008

Meskipun bulan Ramadan belum menjengah tetapi sebagai melengkapkan tradisinya saban tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) merakamkan lebih awal program hiburan yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Ia termasuklah rancangan khas istimewa untuk disiarkan pada hari raya pertama ini, Selamat Hari Raya Jiran Tetangga dirakamkan pada 17 Ogos 2008 (Ahad), jam 08.30 malam bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri.

Selamat Hari Raya Jiran Tetangga menampilkan para barisan komedi dua generasi iaitu lama dan baru melibatkan Saiful Apek, Raja Azura, Nabil, Datuk Aziz Satar, Syarifah Shahira, Norlia Ghani, Angah Raja Lawak, Along Cham, Diana Danielle, Imuda dan Accapan.

Istimewanya, Selamat Hari Raya Jiran Tetangga yang diterbitkan RTM kali ini diserikan dengan lakonan dan nyanyian yang diselangselikan bagi menambahkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang pastinya mampu menghiburkan segenap lapisan penonton.

Plot cerita yang di ketengahkan Selamat Hari Raya Jiran Tetangga membawakan sebuah kisah berlatarkan dua keluarga berjiran tetapi isteri masing-masing Kak Jah (Raja Azura) dan Kak Odah (Sharifah Shahirah) yang saling bermusuhan.

Sementara suami mereka Salim (Saiful Apek) dan Abdul (Angah) juga anak lelaki mereka Rustam (Nabil) dan Zahid (Along Cham) bersahabat baik tetapi terpaksa merahsiakan persahabatan mereka kerana tidak sanggup dengan kerenah si isteri/ ibu mereka yang suka bergaduh antara satu sama-lain.

Sehingga pada suatu hari, Ayah mertua Kak Jah (Datuk Aziz Satar) dan  ibu mertua Kak Odah (Norlia Ghani) datang untuk menyambut ketibaan Aidilfitri di rumah mereka telah jatuh cinta dan saling berusaha dan merancang bersama  anak , cucu dan jiran mereka Sunny (Accapan) untuk memulihkan hubungan Kak Jah dan Kak Odah.

Sementara itu Abdul dan Salim sanggup berjanji meninggalkan tabiat buruk mereka yang suka ke kelab dangdut jika berjaya mendamaikan isteri masing-masing. Dalam masa yang sama jiran baru mereka Pak Mut (Imuda) yang mempunyai seorang anak gadis cantik Nana (Diana Danielle) menjadi rebutan antara Zahid dan Rustam.

Siapakah bakal menjadi pilihan Nana? Dan apakah perancangan mereka semua untuk mendamaikan Kak jah dan Kak Odah? Sitcom selama 1 jam 30 minit juga diselitkan dengan selingan lagu-lagu antaranya, Kopi Dangdut, Milik Siapakah Gadis Itu, Pandang-Pandang Jeling-Jeling, Suara Takbir dan banyak lagi.

Kepada anda yang berminat menyaksikan rakaman Selamat Hari Raya Jiran Tetangga, anda dijemput hadir beramai-ramai ke Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 17 Ogos 2008, jam 08.30 malam. Tiket-tiket boleh didapati mulai 12 Ogos 2008 di Balai Pengawal Angksapuri secara percuma.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Amy Search dan Ramli Sarip di Ziarah Aidilfitri
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Program TV Sempena Deepavali di TV2
  • UNWIND WITH TRAXX – PROGRAM BAHARU TRAXXFM TRAVEL N MUSIC
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • TIGA PROGRAM HIBURAN TERBAIK SEMPENA HARI LEBARAN
  • Aidilfitri Dua Negara Di Sinar Lebaran 2009
  • Program Muzikal Terbaik Sempena Aidilfitri 1430H di TV3
  • ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”



  • 2 Komen untuk entri “APEK SERIKAN RAKAMAN RANCANGAN KHAS KOMEDI MUZIKAL”

    1. Honeybee kata:

      apek pkai kasut broda lgi x nti ni?

    2. nuyul kata:

      X cantik ar rambut palsu….

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!