in

Apabila 5 Keluarga Disatukan Sempena Lebaran

Raya Lebih Bermakna. ERA fm dan Tropicana Twister Satukan 5 Keluarga Sempena Lebaran. Konti radio ERA sekali lagi menjadi saksi penyatuan lima buah keluarga setelah sekian lama tidak bersua. Pertemuan eksklusif yang boleh ditonton secara langsung di laman web ERA fm tersebut diadakan di dalam segmen SATE kendalian Shahrol, Dina dan Tauke. Suasana penuh emosi dan menyentuh perasaan memenuhi ruangan konti ERA fm apabila para peserta kempen Eratkan Jalinan anjuran stesen radio berkenaan dengan kerjasama Tropicana Twister ditemukan dengan ahli keluarga masing-masing.

Muhammad Ishraf Shafiq bin Zainuddin yang menuntut di Kanada jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila terus memeluk erat ibunya, Marina binti Mustapha saat bertemu. Suasana sedih bercampur gembira memenuhi segenap ruangan konti di saat pertemuan penuh emosi antara Luqmaanul Hakiim bin Nordin yang baru pulang dari Egypt bersama ibu dan adik perempuannya. Dina, Shahrol dan Tauke juga gagal menyekang air mata mereka menyaksikan pertemuan ini.

Perasaan terkejut dan terharu jelas terpancar daripada riak wajah Puan Zuraida Mohamed Sofian tika melihat anaknya, Zarif bin Mohamed Sofian dari UK melangkah masuk ke konti ERA. Selain itu, Mohd Hafizul Afiq bin Suaif pula memberi hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya dengan kepulangan kakaknya, Siti Nor Effadila binti Suaif dari UK. Gurau senda dan senyuman kegembiraan tidak lekang dari bibir anak beranak ini sepanjang sesi pertemuan berlangsung. Begitu juga dengan adik beradik Noor Nadzhira Hanim & Noor Nabila apabila berjaya membawa pulang adik mereka di Egypt, Nurul Fatihah untuk meraikan lebaran bersama keluarga mereka melalui kempen ini.

Menerusi Kempen Eratkan Jalinan, seramai lima buah keluarga dengan kisah yang menarik telah disenarai pendek. Para peserta dan ahli keluarga mereka yang berada di luar negara telah dihubungi oleh pihak ERA untuk berkongsi perbualan mereka di udara dan menceritakan kisah mereka selama dua minggu kempen ini berlangsung. Selepas dua minggu, para peserta kempen dijemput ke konti ERA fm di mana mereka akan dikejutkan dengan penampilan istimewa daripada ahli keluarga mereka yang berada di luar negara.

Kempen yang bermatlamat menyatukan semula keluarga pendengar yang berada di luar negara untuk beraya bersama ini telahpun memasuki tahun ketiga penganjurannya. Pihak ERA fm dan Tropicana Twister amat komited dalam usaha meneruskan kempen ini setiap tahun menyedari akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang belajar mahupun bekerja di luar negara untuk pulang beraya di tanah air bersama keluarga tercinta. Oleh itu, bagi meringankan beban mereka, ERA fm dan Tropicana Twister menawarkan penerbangan secara percuma kepada keluarga pendengar yang bertuah untuk membawa pulang ahli keluarga mereka bagi meraikan sambutan Hari Raya bersama-sama keluarga tercinta.

Kelima-lima buah keluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama dalam satu majlis berbuka puasa anjuran ERA fm selepas pertemuan tersebut.

10924267_10153713911237345_3832578848921751583_o

10986661_10153713910452345_8221925897454768269_o

11696599_10153713911327345_90017734637599832_o

11700546_10153713909937345_635341381324914922_o

11705699_10153713911322345_4151944378984120224_o

11754792_10153713912202345_8692339162576743730_o

Luqmaanul Hakiim bin Nordin

Muhammad Ishraf Shafiq bin Zainuddin (Kanada)

Siti Nor Effadila binti Suaif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – PIXELS

Tonton Trailer Terbaru Filem SPECTRE