in

Filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS Apa Yang Menarik?

Jika semalam Budiey siarkan cara bagaimana korang nak dapatkan tiket Premiere menonton filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS, pada hari ni pula Budiey nak ceritakan sedikit tentang apa yang menariknya filem lakonan Harrison Ford ini.

Ramai penonton mengharapkan sekuel terbaru ini lebih gempak, lebih hebat dan lebih mengujakan berbanding enam siri filem Star Wars yang sebelum ini.

Selain Harrison Ford yang memegang watak Han Solo, filem ditayangkan pada 17 Disember 2015, turut dibintangi Mark Hamill (Luke Skywalker), Carrie Fisher (Princess Leia), Oscar Isaac (Poe Dameron) dan Daisy Ridley (Rey) dan ramai lagi.

Filem sci-fi penuh aksi pengembaraan ini merupakan film yang bercerita tentang kelanjutan pertualangan setelah tiga puluh tahun dari kisah Star Wars: Episode Vi – Return of The Jedi ( 1983 ). Film ini masih tetap akan mengisahkan perjuangan terhadap tindakan kejahatan yang datang mengancam. Para trio lead muda berusaha untuk menyelamatkan tempat mereka.

Dengarnya, ramai penonton sanggup membeli dan booking tiket awal-awal melalui panggung wayang terbesar Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) yang dibuka seluruh Malaysia pada November lalu. Super duper excited depa ni kan? Citer tak tahu lagi best ke tidak ni.

Pembelian juga boleh dibuat menerusi GSC e-Payment di www.gsc.com.my atau aplikasi GSC Mobile App di telefon pintar.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAMEE DYDO Lancar Produk MAMEE COOL TEA

Siti Nurhaliza Ada Peluang Untuk Hamil Semula – Datuk K