in

Along, Angah, Azrul & Zac Gamatkan JIDIN SENGAL

Selepas kejayaan filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP yang berjaya mengutip lebih RM4 juta, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak dan Zac Diamond (X-Factor) bergabung sekali lagi dan kali ini mereka akan menggamatkan lagi pawagam dengan sebuah filem komedi JIDIN SENGAL arahan pengarah muda dan baru Esmi Zahara.

Filem JIDIN SENGAL adalah filem kedua terbitan syarikat produksi outLOUD Studios yang bakal menemui penonton pada 22 Mac 2012 nanti. Masih mengekalkan Along dan Angah sebagai pelakon utama, filem JIDIN SENGAL adalah filem yang sarat dengan mesej positif dan Esmi Zahara berharap filem ini dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-cita.

Selain daripada Along, Angah, Azrul dan Zac, filem JIDIN SENGAL juga menampilkan Faezah Elai, Jue Aziz dan penampilan khas oleh Seniwati Mariani, Hamid Gurkha, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan ramai lagi.

JIDIN SENGAL mengisahkan Jidin, seorang budak kampung yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang “superstar” pada suatu hari nanti. Dek kerana cita-cita, Jidin turun ke KL dan beliau bertemu dengan Bob Dobot, pelakon ekstra yang juga mempunyai impian memegang watak hero atau setidak-tidaknya pelakon pembantu berdialog. Mereka berdua berkawan baik dan Bob banyak mengajar Jidin selok-belok dunia lakonan memandangkan Jidin tidak mempunyai pengetahuan luas didalam bidang ini.

Pelbagai cabaran dan masalah yang harus mereka tempuhi untuk mencapai impian. Adakah mereka akan berjaya? Nantikan JIDIN SENGAL yang bakal berlegar-legar di pawagam pada 22 Mac 2012 nanti! Untuk maklumat lanjut layari www.jidinsengal.com.

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CAAP Approves Airasia Inc. Philippines License To Operate

Gambar Adira Peluk Anjing