in

Album Solo Imam Muda Hizbur Berjudul Surah-Surah Pilihan Ha Mim

SURAH – SURAH PILIHAN HA MIM (IMAM MUDA HIZBUR)

Nama [highlight]Imam Muda Hizbur [/highlight]bukan lagi asing dalam persada dakwah tempatan sejak dinobatkan sebagai naib juara program realiti TV islamik popular, Imam Muda musim ke – 2.

[dropcap]D[/dropcap]alam pada kesibukan memenuhi undangan pelbagai ceramah, motivasi dan rakaman program TV tempatan, Imam Muda Hizbur atau nama sebenarnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi masih mempunyai kesempatan melebarkan sayap dakwahnya dengan menghasilkan album audio solo berjudul[highlight] Surah – Surah Pilihan Ha Mim [/highlight]hasil kolaborasi bersama dengan UNIC Records.

[pullquote align=”right”]Imam Muda Hizbur merupakan graduan lulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al – Azhar, Mesir yang berasal dari Baling, Kedah.[/pullquote]

Album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini menampilkan pengarah urusan syarikat IM Hizbur Management & Consultant, iaitu Imam Muda Hizbur sendiri sebagai taruhan vokal utama dalam menyampaikan bacaan rangkaian surah – surah Ha Mim yang terdiri daripada lima surah pembuka beserta bacaan al – Fatihah.

Memulakan karier dakwah sebagai guru agama di sekolah Maahad sebelum mencuba nasib dalam program realiti Imam Muda Musim ke – 2 terbitan Astro Oasis 106 dan akhirnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara program tersebut.

Permintaan yang memberangsangkan daripada orang ramai terhadap kandungan produk islamik dewasa ini, telah mendorong pihak UNIC Records untuk menjalin kerjasama dengan Imam Muda Hizbur bagi menerbitkan album seumpama ini.

Album himpunan surah-surah Ha Mim ini merupakan album pertama usahasama Imam Muda Hizbur bersama UNIC Records dalam menggalakkan kelahiran generasi celik al – Quran dalam kalangan masyarakat tempatan.

Antara koleksi surah-surah pilihan Ha Mim yang terdapat di dalam album ini adalah surah al – Zukhruf, al – Fussilat, Asy – Syura, ad – Dukhan dan al – Jathiyah.

Selain itu, penerbitan album ini dilihat sebagai satu medan dakwah baru kepada Imam Muda Hizbur yang diangkat sebagai ikon muda tempatan dalam memberi pendedahan awal kepada orang ramai mengenai surah-surah di dalam al-Quran yang bermula dengan huruf Ha dan Mim. Di samping itu, album ini juga sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat selain mudah untuk di bawa kemana – mana.

Nantikan kemunculan album bacaan Surah-Surah Pilihan Ha Mim terbitan UNIC Records oleh Imam Muda Hizbur di pasaran nanti.

Website UNIC : www.unic.my
Facebook: UNIC Records | Imam Muda Hizbur

Album Solo Imam Muda Hizbur Berjudul Surah-Surah Pilihan Ha Mim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Songlap Menang Anugerah Breakthrough Feature Shout! Awards 2012

Siti Nurhaliza Bakal Lancar Ambulans Merah Jambu Pertama Malaysia