Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ain AF8 Bakal Juara Akademi Fantasia 8



Perjalanan AF8 telah bermula dengan pembukaan Tirai Konsert yang memperkenalkan imej & vokal pelajar dengan gaya yang tersendiri. Tapi dalam ramai-ramai pelajat, peserta dari Sandakan Sabah, Ain dikatakan mempunyai kelebihan dan aura yang begitu mantap sehingga menarik semua juri memuji beliau.

Sukar dijangka sebenarnya siapa yang bakal menonjol sebagai juara kerana segala kemungkinan boleh saje berlaku.

Video Ain menyanyikan lagu Miley Cyrus – The Climb

Saingan bakal lebih sengit

MUSIM baru Akademi Fantasia (AF) sudah pun bermula dengan berlangsungnya konsert Tirai AF di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, pada 13 Mac lalu. Malam itu, seramai 12 pelajar AF8 cuba menonjolkan keupayaan masing-masing, dalam persaingan awal meraih undian.

Namun, perhatian nyata menjadi milik peserta dari Sandakan, Nadiawaty Ainul Basir (Ain) yang menaiki pentas sebagai peserta terakhir, menyampaikan lagu The Climb, nyanyian asal Miley Cyrus. Sebelum tiba gilirannya menunjukkan bakat di pentas utama, mata penonton sebenarnya sudah bertumpu pada wanita berusia 24 tahun ini setiap kali dia bertindak sebagai penyanyi latar, membantu persembahan rakan yang lain. Paling tidak, ketika itu Ain menarik perhatian ramai dek penampilan, rupa paras serta kebijaksanaannya ‘membawa diri’.

Penantian penonton nampaknya tidak merugikan apabila Ain mengambil tempat di tengah pentas. Penuh keyakinan dan disertakan dengan vokal yang baik, Ain tidak mempunyai masalah untuk menggamit sokongan daripada peminat yang datang, menerusi persembahannya yang mantap.

Pengkritik tetap, Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie, serta pengkritik undangan, Ning Baizura, juga nyata gembira dengan persembahan memberangsangkan peserta berkenaan. Ning menganggap persembahan Ain adalah yang terbaik pada konsert pengenalan itu, mengetepikan saingan 11 pelajar AF8 yang lain.

Lalu, tumpuan peminat rancangan realiti popular ini tentunya kini sedikit sebanyak terarah pada pelajar yang boleh diumpamakan seperti peserta pertandingan ratu cantik terbabit. Namun , Ain harus lebih bersedia pada minggu depan kerana saingan daripada beberapa pelajar lain termasuk Zafarina Jamhari (Farina), Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein (Shah), serta peserta adik-beradik, Erma Suhaimi (Ema) dan Siti Adira Suhaimi (Adira) usah dipandang remeh.
Muhammad Alif Kadim atau Alif yang menyampaikan lagu Kris Allen, Live Like We’re Dying, juga mempunyai potensi untuk menghadirkan saingan sengit bagi pelajar lain pada musim ini. Persembahannya tidak menghampakan, serta mendapat pujian juri. Kata Adlin, Alif memiliki vokal belum pernah ditemui dalam AF, manakala Ning menganggap suaranya penuh berpotensi. Aznil pula memuji keberanian peserta dari ibu kota itu menggunakan pentas dengan baik.

Pelajar lain yang turut mengadakan persembahan pada konsert pertama mereka ialah Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), Muhd Shahril Firdaus Eli (Daus), Muhd Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), Nadia Emilia Roselan (Nad), Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan) dan Ahmad Shahir Zawawi (Shahir).

Selain daripada pelajar yang berasakan bahang kali pertama menaiki pentas konsert AF, dua pengacaranya, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley juga berasakan pengalaman serupa.

Pada ketika Sarimah kelihatan lebih selesa, mungkin dek pengalamannya yang lebih luas dalam bidang pengacaraan, Jimmy pula menunjukkan wajah yang agak ‘cuak’ ketika mengendalikan program siaran langsung itu buat julung kali.

Pengetua bangga

NORMAN Abdul Halim yang memikul tanggungjawab sebagai pengetua AF8 melahirkan kegembiraan dengan persembahan pelajar pada konsert pengenalan berkenaan.
Katanya, paling tidak, sepuluh daripada 12 pelajar terbabit menunjukkan persembahan yang memberangsangkan, dengan tiga atau empat daripadanya pula selangkah di hadapan peserta lain.

Menurut Norman, banyak perubahan ditunjukkan peserta apabila muncul pada konsert pengenalan itu, dari segi keyakinan dan kemampuan menguasai pentas.
Kelebihan itu pastinya memudahkan lagi tenaga pengajar memperbaiki keupayaan masing-masing, apabila sesi pembelajaran bermula secara rasmi.

Katanya, pada konsert berkenaan, pelajar diberikan peluang memilih genre lagu kesukaan masing-masing. Begitupun, bermula Sabtu ini, mereka akan tampil menyanyikan lagu pilihan tenaga pengajar dan pengetua rancangan itu. Proses berkenaan bakal memperlihatkan kecenderungan seseorang peserta serta kelebihan mereka pada sesuatu genre muzik.

“Secara ringkasnya, saya percaya persaingan pada musim kali ini adalah lebih sengit. Undian peminat untuk peserta dari Sabah juga pastinya akan pecah apabila wujudnya empat peserta dari negeri itu dalam musim terbaru ini. Keadaan itu tentu saja melahirkan suasana persaingan lebih menarik pada AF8,” kata Norman yang berazam melahirkan penyanyi yang mampu bertahan lama dalam industri muzik. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Gambar Shahir di Sidang Media Hos Akademi Fantasia 9
  • Akademi Fantasia 6 atau Akademi Fantasia All Stars
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • LIZDA Akademi Fantasia 7



    • http://www.yahoo.com dyesebel81

      hmm…not bad suara ain ni. dah ala-ala mariah carey pun ada. tak kisah la ain dari sabah pun, janji dia org Islam. cuma tang pakaian dia agak seksi sket laa…

    • apambalik

      Ain mmg da best la.. first impression tu penting..
      aku yg xpernah afundi pun tergerak hati nak undi..
      Bukan sebab dia cun atau seksi ya..
      bakat nyanyian yg sungguh2 tu yg dia tunjuk..

      Tp AF mmg pandai la.. pecah undi Sabah.. hehehe..
      Undi bakat bukan undi suku kaum ya..

    • AIN86

      ya saya setuju yang ain mmg ada bakat & suara….
      tp dia orang sabah agak susah sikit nak bertahan lama dalam industri ni….
      tgk la pelajar2 af yang lain dari sabah sarawak bnyk yg dah hilang buat haluan sendiri…. cuma yg masih ada pun stacy, adam, hafiz. marsha pun kira bernasib baik je sebab wajah ade tu yang boleh jadi pelakon….
      so kepada sape2 yang nak mengundi tu pikir2 kan la… baru konsert tirai…
      biar kita mengundi pada orang yg tepat….

      WANITA – AIN, ADIRA, ANUM, EMA, FARINA & NAD
      LELAKI :- DAUS, ALIF, IWAN, MAULANA, SHAH & SHAHIR

      CARA UNTUK MENGUNDI :-

      TAIP AFUNDI ( NAMA PELAJAR ) HANTAR KE 32999

    • airun

      memang best persembahan ain, kalau tak juara pun kita dah tau ain pasti ada tempat dalam industri hiburan seperti marsha, stacy n ramai lagi la artis sabahan… Anum jgn bagi malu org tawau.

    • suri

      2 ramalan saya sebelum ni menjadi pertama af6 bakal di juarai oleh wanita dari sabah dan mungkin populariti juara af6 boleh menandingi siti nurhaliza…nyata stacy ke arah itu…ain (nadia) sebelum masuk af sudah ada aura seorg artis…ain merupakan customer tetap saya di cafe saya yg bersebelahan dgn kolej kecantikan tempanya belajar.. ..ROSZAL BEAUTY COLLEGE budak ni agresif , cepat dan pintar…adiknya si non jauh lebih cantik dari ain.. first tengok dia terselit dlm hati saya..cantik budak roszal satu ni kalau jadi artis boleh meletup..x sangka si nadia ni boleh nyanyi siap pergi ujibakat af8 diam2…mungkin setengah masyarakt melabel org sabah gila undi..tetapi kami org sabah x akan undi org yg x ada bakat..contoh af 7 lalu 2 pelajar sabah tersingkir..but jgn lupa stacy juara af sebelumnya dia menang undi kerana bakat yg ada..so rasanya dlm memilih bakat yg berkualiti rasanya org sabah jauh lebih baik dari 3 juri di hadapan pentas AF..maaf sekadar pendapat saya..afundi ain

    • slambechenta93

      sye taa ase ain akn jd juara nty . mmg taa nafikn time tirai dye ala2 oke gitu , tp yg uh bwu permulaan , blom ag yg strusnye . sye ase iwan ag bgos n t’bek,bkn coz paras rpe , tp bkat yg dye ad . kbykan pserta tate bkat cgt , taa mnyerlah lgsg .

    • http://www.yahoo.com penjaht sandakan

      salam, bt bdk2 sandakan, shat ja kmu??? klu ndk shat bt bodo jak la. hahahahah. ndk paya la korg mau ssah2 undi si ain, bb t klu dia mnang bkn jg dia ingat kmu, tkut t dia lpa daratan pla. lpas 2 pndi ckp k.l hahahaha. kasi rugi jak sma kmu, buang kdit, bgs kmu tel org yg lgi pnting yg ada kaitan k. pkir2 la sndiri. bkn jg duit aku, duit kmu jga. pa2 pn kim slam dgn cwek2 sndakn

    • chuming

      pembetulan untuk saudara dan saudari..sebenarnya,dia hanya dilahirkan di sandakan dan membesar di kg marabahai tuaran..walauapapun, tdk kira d mana dia menetap,teruskan afundi ain atau pun anda boleh join group kami d facebook dgn hanya menaip afundi ain..sekian dan terima kasi..

    • swak

      utk konsert tirai n konsert 1, saya masih sokong Ain mpyai suara standard dalam dunia mz. dan tuk suara standard dan pakej yg ada itu, dia boleh melangkah jauh. berbanding dgn peserta2 lain yang suara mrk hanya 1 kategori shj jadi amat sukar utk survive. namun ia boleh jadikn mrk sdiri unik dan berbeza. TQ

    • http://- Orng sabah

      knpa plak nak kata orng borneo x masa dpn dlm industri seni…bukan kah e2 1 doa?….jika mereka bole terpilih drpd berjuta-juta orng yg ikt audition e2 dah terbukti yg mrka bole terus ke hadapan….dan terpulang pada pihak AF untuk membawa mrka smpi kemana….

    • budak b’fort

      rasanya hmpr sume bdk af8 ni bole nyanyi n ada suara tp yg buat konsert af hambar lagu dorng. kalu dorng bole pilih lagu sndiri mngkn lg best mcm tirai ari tu..knpa prlu bg genre lagu yg pelbagai? kalu dorng out af nnti pn n ada lagu sndiri..psti genre lagu yg dorng pilih sesuai dgn suara dorng. ini cuma sekadar pndpt sy..apa2pun sy tertarik dgn ain n adira..hrp dorng bole berthn lama…

    • stereoangel

      buli2 lah sora dia… mmg ppuan nih slalu nyanyi pon… so no wonder if she can sing… but 1st concert mmg kin malu jakz… n i dun like her… hehe

    • revlon

      sy rasa selain ain de lagi pelajar yg lebih cantik dlm af tue… tengok tul2…. pendapat sy Adira ngan Ema….lebih cantik dari Ain.

    • yaya

      sy rse mse konsert tirai cm ain yg jd juare…
      tp..ble tgok prsmbhn die mse konsert yg kedua x best la plak…
      sye rse iwan yg jd juare..
      coz die de suare,mke yg cute…die ckup la sme nye…
      pape pon all the best 2 plajar2 af8…

    • http://jarikumembebel.blogspot.com/ Ajeet

      u guys…
      saya salah sorang penyokong ain…
      please visit my blog to link AIN FC ZONE…

    • http://jarikumembebel.blogspot.com/ Ajeet

      TO REVLON:

      CANTIK ADALAH SUNJEKTIF.. LAIN MATA LAIN PANDANGAN. AIN PUNYA AURA DIATAS PENTAS.. CARA DIA BERJALAN, BERDIRI SANGAT BERKARISMA.

      PERSEMBAHAN AIN DI KONSERT TIRAI ADALAH PENYELAMAT UNTUK KE 11 PERSEMBAHAN YANG LAIN.. SEKURANGNYA KITA2 YANG TENGOK KONSERT PADA MALAM TU TAK BUANG MASA..

      TAPI PERSEMBAHAN AIN MENURUN PADA KONSERT MINGGUAN.. FOKTOR PEMILIHAN LAGU ATAU AIN BERASA SUDAH BERADA DILINGKARAN YANG SELAMAT SY PUN TAK PASTI..

      PLEASE PEYOKONG2 AIN.. SUPPORT DIA K…

    • sofia

      hai sumer…….. sebenarnya adira dengan ain lah yang paling sedap suaranya kalu laki daus,shahir dan iwan

    • http://manissmanjas.blogspot.com/ manis

      aku vote ain since dia nyanyi lagu kawan…kini aku ternanti2 utk melihat ain di pentas…suara ain sedap, juri slalu puji tp hairan kenapa selalu dapat markah corot..

    • wunny

      best arh sore ain i suke dy ala2 artis barat a,,,,huhudo the best ain

    • http://facebook mizah

      hai iwan!!!ngah wat pe???nanti iwan wat konsert yg terbaek tau!!!kesian nad terkluar mesti iwan rase sdihkan?!!!

    • KAK ROS

      ADIRA IS THE CHAMPION!!!!!!

    • lisa estrada

      i really like ain pnyer stail…………she will go far away coz she is talented n hve gud package as seleb



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK