in ,

Ada Sebab Konsert The Blue Jeans Ditangguh

Pada hari ini, Budiey mendapat khabar berita dari Bombbay Worldwide di mana menurut penerbit Konsert The Blue Jeans telah menangguhkan konsert itu yang sepatutnya diadakan pada 23.24.25 Oktober 2015 di Istana Budaya.

Konsert yang menampilkan kumpulan Exist, May, dan Blues Gang terpaksa ditunda ke Disember 2015 kerana minggu terakhir Oktober dan awal November terdapat beberapa konsert berskala besar di Ibu Kota.

Konsert-konsert besar seperti Konsert Wings 30 Tahun, Konsert Ku Mohon, Konsert Hujan, Konsert Kembara M.Nasir dan Konsert Siti Nurhaliza telah membuatkan peminat seni tanahair dalam delima dan mereka terpaksa buat pilihan konsert mana yang berbaloi pada mereka.

Pihak Penganjur Bombbay Worldwide ingin memohon maaf kepada peminat-peminat Exist, May dan Blues Gang dan berkata pihaknya bersama wakil Istana Budaya dan artis May, Exist dan Blues Gang akan membuat Sidang Media mengenai penundaan tarikh dan pengumuman tarikh baru serta mengenai cara penebusan tiket-tiket kepada sesiapa yang telah membeli awal iaitu tarikh 23,24,25 Oktober. Sekali lagi pihak Bombbay Worldwide ingin memohon maaf kepada peminat-peminat semua di atas kesulitan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’i Hamidah Juara Da’i Pendakwah Milenia Musim Ke-3

Fazli Zainal Jadi Tamu Dalam Program GILA MAKAN di Restoran Cina Muslim