in

Fazli Zainal Jadi Tamu Dalam Program GILA MAKAN di Restoran Cina Muslim

Kebetulan cuti umum, jadi kami Team BudieyBuddies pun ambil peluang untuk buat gathering makan-makan sambil mengulas berbicara tentang makanan ala cina muslim di sebuah restoran yang terletak di Nexus Bangsar. Melangkah masuk ke estoran ini mengingatkan Budiey dengan restoran yang ada di Hong Kong semasa kunjungan beberapa tahun lalu. Cuma yang membezakannya adalah masakan yang cukup menyelerakan.

Untuk menambahkan kemeriahan, kami jemput seorang selebriti yang juga penyanyi yang masih bergiat aktif. Beliau juga sentiasa memberi sokongan hadir di Premiere With Budiey. Kulitnya semakin cerah, gebu dan mulus walaupun semakin mendekati angka 40an, siapa lagi kalau bukan Fazli Zainal. Kami cukup gembira apabila Fazli Zainal cakap yang dia memang ada masa luang di pagi Rabu tanggal 14 Oktober lalu.

Sado Men & Amber

Rakaman dibuat berjalan lancar dengan bantuan pegawai perhubungan media, Shanty yang melayan kami sehabis baik dan mesra sangat. Walaupun pertama kali jumpa, Shanty dan kami seolah dah lama berkenalan. Kami juga diperkenalkan dengan pengarah Haji Ismail Nuh @ Cui We, tuan empunya restoran yang turut memberikan kerjasama yang jitu sepanjang rakaman dibuat. Senyuman dan keramahan beliau membuatkan kami rasa cukup dihargai dan kami pun memberi yang terbaik untuk memastikan rakaman ini berjalan dengan sempurna.

Menurut Haji Ismail, sejak mula beroperasi pada tahun 2009, Restoran Amber Chinese Muslim kini mempunyai 19 cawangan restoran seumpamanya di seluruh China yang menawarkan hidangan Cina Muslim. Antara lokasinya termasuk Beijing, Xinjian, Wuhan, Hangzhou, Guangzhou, Qing Hai, Xian dan Shenzhen. Wow, meriahkan? Maklumlah, kalau buka bisnes makanan ni, kat mana-mana pun mesti laris. Janji sedap dan harganya berpatutan, ye tak?

Antara yang menarik perhatian kami ialah, masakan kat sini menggunakan resepi dari Utara negeri China. Ramuan dan rempah ratus juga memang memberikan impak dan kesan kebaikan berpanjangan kepada kesihatan. Budiey tidak mahu mengulas lebih panjang tentang menu hidangan di sini.

Restoran Cina Muslim Amber menawarkan 40 menu makanan bertaraf lima bintang yang dibahagikan kepada empat segmen iaitu hidangan sejuk sebagai pembuka selera, hidangan panas, pelbagai Mi Tarik dan masakan panggang.

Masakan tradisi yang halal, enak dengan harga yang berpatutan menjadi kriteria terpenting bagi restoran ini.

Membawa pengaruh gaya masakan dari wilayah utara China, daging kambing dan lembu dijadikan bahan asas bagi kebanyakkan hidangannya, selain penggunaan cili yang banyak di dalam masakan.

Turut diperkenalkan, Mi Tarik atau ‘La Mien’ yang merupakan hidangan popular dari Lazhou, wilayah Gansu. Keistimewaanya, mi yang dibuat menggunakan teknik ‘uli dan tarik’ hanya akan disediakan apabila pesanan diterima sebelum disajikan kepada pelanngan. Kini ia mula mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

Jom tonton video vlog food review GILA MAKAN di atas ni, ada penampilan khas dari Fazli Zainal.

Kami di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Restoran Cina Muslim Amber yang sudi menjemput kami makan-makan, borak-borak dan lepak-lepak di sini. Walaupun kami terpaksa bergegas ke lokasi seterusnya, namun sepanjang kami berada di restoran ini kami cukup selesa dengan layanan mesra kalian.

Terima kasih juga kepada Fazli Zainal yang sudi meluangkan masa!

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Sado Men & Amber

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Konsert The Blue Jeans Ditangguh

Apa Yang Uniknya Aura Cafe di Jalan Maarof, Bangsar