in , ,

Ada Sebab Izreen Azminda Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404

TEATER Kontena 404 telah dipentaskan semalam, namun salah seorang daripada pelakonnya telah menarik diri daripada terlibat dalam teater tersebut.

Ada Sebab Izreen Azminda Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404

Izreen Azminda telah membuat keputusan itu pada sekitar empat hari lepas kerana berasa terkilan dengan sikap pihak produksi DBI Entertainment yang dianggap bersikap tidak acuh.

Berita penarikan diri itu telah dikhabarkan menerusi akaun Instagram miliknya.

Ibu kepada seorang anak itu yang juga merupakan duta artis barangan penjagaan diri di bawah kumpulan syarikat DBI.

Untuk makluman semua..bagi yg bertanya.. saya tegaskan disini..saya tidak akan terlibat dgn teater seperti yg tertera didalam ‘Poster’ tersebut…atas sebab sebab tertentu yg munasabah termasuk etika dan masalah komunikasi yg ditunjukkan oleh pekerja pekerja di bawah naungan syarikat terbabit! Sepatutnya ‘mereka mereka’ ini perlu tahu cara dan etika yg betul ketika berurusan sama ada dgn client ataupun artis yg bekerja dibwh syarikat itu dan bukannya bercakap macam kawan2 zaman sekolah rendah kau!! Perlu tahu adab dan sopan!! Dan perlu diingatkan.. cakap biar jelas dan tepat bukan berbelit belit mcm sembelit! Semua orang bekerja utk dapatkan duit dan bukannya amal jariah melainkan kalo duit dah berkepok dlm bank..kena bela dgn Tan Sri mana2.. bolehlah tutup mata! Lain kali sblm bercakap guna akal bukan kepala lutut abah kau! Fullstop! ⛔🚫❌ (CAPTION DIATAS INI HANYA DITUJUKAN KHAS BUAT STAFF TERBABIT SHJ DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DGN KESEMUA PELAKON ATAUPUN PENGARAH UTK TEATER INI KERANA MEREKA SEMUA SUDAH MELAKUKAN YG TERBAIK DAN BEST OF LUCK UTK KORANG SEMUA👌)

A post shared by MADAM IZREEN AZMINDA RDZ (@izreen.azminda) on

Katanya, pihak berkenaan terbabit telah berjanji untuk menjelaskan bayaran kepadanya sebagai duta produk sebelum memulakan latihan teater tersebut, tetapi sehingga kini semuanya hanya tinggal janji palsu.

“Bagi teater ini, saya tidak kisah apabila mereka menawarkan saya bayaran rendah, dengan syarat DBI perlu menjelaskan bayaran saya sebagai wakil produk syarikat itu.

“Pada mulanya, mereka berjanji akan menyelesaikan bayaran saya sebagai duta produk sebelum 15 Oktober, tetapi sehingga ke hari ini ia hanya janji kosong,” katanya dipetik daripada BH Online.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga mendakwa pekerja syarikat terbabit tidak memiliki etika dalam pekerjaan serta mempunyai masalah dalam berkomunikasi.

Walaupun dia sendiri memahami mengenai isu penangkapan Datuk Boy Iman baru-baru ini, tetapi sebagai rakan artis yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan pihak tersebut, dia sentiasa bersikap terbuka dalam apa jua perkara yang berlaku.

Namun, bagi pelakon drama Tukar-Tukar Menu itu, dia terpaksa menarik diri daripada teater tersebut kerana kecewa dengan janji palsu yang ditawarkan serta sikap pekerja yang tidak beradab itu.

“Pekerja syarikat itu langsung tiada adab ketika bercakap. Kalau mereka cakap elok-elok dan jelas, saya masih lagi boleh ‘beri muka’. Tetapi cara mereka langsung tidak menghormati saya,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, wakil DBI pula enggan memberi ulasan lanjut mengenai isu yang dibangkitkan oleh Izreen malah mereka mengesahkan hanya mengenai penarikan diri pelakon etrsebut.

Teater Kontena 404 telah dipentaskan bermula semalam hingga Ahad ini di Lambang Sari, Istana Budaya.

Antara pelakon lain yang turut digandingkan ialah Miera Leyana, Adam Shahz, Tauke Jambu, Rani Kulup dan Adam AF serta teater ini telah diarahkan oleh Raja Azrey.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Final AF Megastar, Shahir Tak Mahu Hampakan Peminat

Ezlynn & Adam Fahmy Sah Bercerai Talak Satu