in ,

Ezlynn & Adam Fahmy Sah Bercerai Talak Satu

Selepas melalui pelbagai kontrovesi, Ezlynn akhirnya bercerai talak satu dengan Adam Fahmy selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Adam, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas dia bersetuju menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan sejak awal tahun ini secara baik.

Ezlynn & Adam Fahmy Sah Bercerai Talak Satu

“Dia Melampau… Saya Dah Tak Tahan” – Ezlynn

Lafaz itu dibuat Adam di hadapan Hakim Syarie, Noorbyetty Nasir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ezlynn lega sudah bercerai dengan Adam.

Sebelum itu, Noorbyetty mengarahkan Adam dan Ezlynn bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir sebelum lafaz cerai dibuat.

Ezlynn atau Azline Ariffin, 36, memfalkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984 pada 7 April lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini Ezlynn mendakwa rumahnya diceroboh suami sendiri yang melarikan beberapa barang berharga.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Izreen Azminda Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404

Senarai Keputusan Pemenang Konsert AF MEGASTAR