in

Acara Kutipan Tabung Amal Gaza Palestin Anjuran Usrah Fitrah

Pada hari ini (21 November 2012) akan diadakan acara KUTIPAN TABUNG AMAL GAZA PALESTIN bermula jam 4.30 ptg – 6.30 petang di depan Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Acara Kutipan Tabung Amal Gaza Palestin ini dianjurkan oleh Usrah Fitrah serta beberapa rakan selebriti dan artis yang lain bertujuan untuk membantu serta meringankan beban mangsa kekejaman Israel yang ditindas di Gaza, Palestin.

[pullquote align=”right”]Budiey juga rasa sangat kasihan dan bersimpati dengan penderitaan mangsa kekejaman Israel.[/pullquote]

Sekarang ini, Budiey lihat ramai artis yang begitu peka dan prihatin dengan penderitaan penduduk Palestin. Kita semua perlu mengutuk habis-habisan serangan yang telah pun mengorbankan seramai 100 orang mangsa setakat hari ini sejak pertengahan November lalu.

Setiap hari ada sahaja mangsa berlumuran darah dan meninggal dalam keadaan yang sangat tragis. Bersyukurlah ya, kita hidup aman kat bumi Malaysia ni.

Jika korang ikuti perkembangan di Gaza, Bumi Palestin, korang akan tahu dan faham apa yang Budiey ingin sampaikan. Dengan bom yang sentiasa meledak sana-sini, mangsa kematian tak tahu la berapa orang agaknya, hidup dalam keadaan susah, buat Budiey rasa sangat sedih. Memang kat Malaysia ni ramai lagi yang susah tapi kalau kita boleh bantu, bantulah ye.

Kepada pembaca yang mahu datang, bolehlah berbuat demikian sebab Budiey kira ini adalah salah satu cabang atau cara untuk kita membantu. Jika Faizal Tahir mahu melelong semua trofi yang dimenangi untuk membantu mangsa yang teraniaya di Gaza, Palestin, mengapa tidak anda yang berkemampuan untuk menghulurkan sedikit derma.

Antara artis dan selebriti yang terlibat ialah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Diana Amir, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Ayu Oiam, Ainul Aisyah, Zoey Rahman, Anding AF, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Semoga dengan usaha Usrah Fitrah dan selebriti ini serta sumbangan anda dapat memberi sedikit sinar dan meringankan penderitaan kepada saudara-saudara seagama di Gaza di Bumi Palestin.

Kepada anda yang ingin menghulurkan derma dan sumbangan, bolehlah datang sambil dapat beramah mesra bergambar dengan selebriti kegemaran masing-masing pada petang ini ya.

Irma Hasmie Listerine

Irma Hasmie

Yatt Hamzah

Yatt Hamzah

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Fouziah Gous Iqram Dinzly

Iqram Dinzly

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Fear Factor Selebriti Malaysia

Kharul Fahmi Che Mat & Leuniey Umum Tarikh Nikah & Majlis Resepsi