in

Youth 08: Traffic Jam Blogger Party Anjuran Nuffnang

Blog Sensasi Selebriti telah terpilih di antara 100 blog yang akan menyertai Traffic Jam Blogger Party!

Nuffnang akan menganjurkan Traffic Jam Blogger Party pada 19 Januari 2008 dari jam 5 petang hingga 7 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Jom, pembaca Sensasi Selebriti sekalian kita ke sana… dan jangan lupa untuk mengundi blog Sensasi Selebriti sebagai blog kegemaran anda!

Tujuan acara untuk blogger dan pencinta blogger ini adalah untuk memperkenalkan penulis blog muda kepada masyarakat remaja dan orang ramai umumnya, untuk meningkatkan laluan traffic pembaca di blog mereka dan meningkatkan jumlah pembaca di mana ianya akan menambah lagi pendapatan bagi blogger yang berdaftar di Nuffnang.

Budiey kira event ini akan menjadi menarik kerana orang ramai khususnya remaja akan diberi pendedahan tentang kepentingan blog dalam menyampaikan maklumat yang cepat dan berkesan.  Blog juga sekarang ini dijadikan satu platform untuk mencari pendapatan sampingan di mana anda berpeluang untuk mendapatkan wang secara online, juga untuk meramaikan kawan, berkongsi pendapat dan idea dan mencipta satu generasi baru yang kaya dengan informasi berguna.

Pada party besar-besaran ini, semua peserta termasuk saya akan disediakan sebuah komputer dan diberi peluang untuk menatarias komputer tersebut untuk menarik minat orang ramai untuk mengundi. Blog paling popular yang mendapat undian paling ramai akan mendapat anugerah dan juga anugerah bagi the Most Promising Blogsite turut dipilih oleh Nuffnang.

Aturcara untuk blogger pada petang Sabtu ini: 

  • Sesi suai kenal
  • Kuiz Trivia
  • Sesi bersama Selebriti blogger seperti Kenny Sia, Ringo Tan, Nicole Tan dan Pink Pau.
  • Showcase Top 10 Traffic Jam Blogsites
  • Final Award Ceremony

Antara Anugerah yang akan diberikan:

  • Nuffnang Most Promising Blogsite 2008
  • YOUTH ’08 Most Popular Traffic Jam Blogsite
  • iTalk Buddy Most Creative Writeup
  • TuneMoney.com Spend & Fly

Jom datang beramai-ramai untuk mengundi dan menyokong blog Sensasi Selebriti. Jumpa Budiey di sana ya!

Untuk info lanjut sila klik di sini.

[tags]blogger, nuffnang, Nuffnang Most Promising Blogsite 2008, traffic jam blogger party, pwtc, blog popular, kennysia.com, Ringo Tan, Nicole Tan, Pink Pau[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem Sweeney Todd Lakonan Johnny Depp

Lirik Sayang Sayang Aliff Aziz