in ,

Yang Patut Anda Tahu Tentang Filem KALAM-KALAM LANGIT

Syarikat UTOPIA MOTION PICTURE SDN BHD (UTOPIA), sebuah syarikat pengeluar dan pengedar filem di Malaysia menjalinkan kerjasama dengan P.T.Puti Ayu Ardiani (PUTAAR) Filem Production untuk membawa sebuah filem terbitan Indonesia yang bertajuk KALAM-KALAM LANGIT ke Malaysia.

Hari ini Utopia Motion Picture menganjurkan tayangan prebiu untuk para media di TGV Sunway Putra Mall,Kuala Lumpur. Prebiu ini juga turut dihadiri oleh semua barisan pelakon, produser, pengarah filem Kalam Kalam Langit dan juga pihak promoter dan distributor filem ini.

Filem bertemakan Islamik dan berbahasa Indonesia mengambil masa 105 minit tayangan ini adakah arahan Tarmizi Abka dan skrip dari Faozan Rizal.

Kalam Kalam Langit menampilkan pelakon-pelakon hebat Indonesia:

-Dimas Seto sebagai pelakon utama (Jaafar) -Meriza Febriani sebagai Azizah
-Ibnu Jamil sebagai Ustaz Shatori
-Elyzia Mulachela sebagai Anisa
-Mathias Muchus sebagai bapa Jaafar -Henidar Amroe sebagai ibu Jaafar

Dan bintang cilik pula :

-Nasron Azizan (taHfiz/hafal 21 juz Alquran) sebagai Jaafar kecil
-Amira Syakira (juara nasional MTO anak Indonesia) sebagai Anisa kecil

Filem ini mengisahkan seorang kanak kanak bernama Jaafar lakonan adik Nasron Azizan semasa kecil bercita cita untuk menyertai Pertandingan Tilawah Al Quran seperti ibunya. Namun bapanya tidak menyokong sama sekali cita cita Jaafar kerana baginya bacaan Al Quran bukan untuk dipertandingkan tetapi untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Semasa kecil pernah sekali Jaafar memenangi pertandingan di atas sokongan ibunya. Namun kemenangan itu membuatkan bapanya marah dan piala kemenangan Jaafar itu dihempaskan ke lantai.

Setelah ibunya meninggal dunia, Jaafar menerima tawaran biasiswa dari sebuah sekolah pondok. Dia berjanji kepada bapanya yang dia tidak akan mengikuti mana mana pertandingan tilawah Al Quran. Namun setelah Jaafar dewasa(lakonan Dimas Seto) bakat beliau membaca Al Quran dapat dikesan oleh pemilik sekolah pondok tersebut. Beliau terpilih utnuk mewakili sekolah pondok tempat Jaafar belajar. Masa ini Jaafar bergelut dengan keikhlasan diri dan jani janji kepada bapanya dulu.

Setelah dewasa dengan wajah tampan Jaafar digilai oleh gadis gadis sekeliling. Namun Jaafar amat senang sekali berkawan dengan Azizah lakonan Meriza Febriani yang cantik paras rupa dan budi pekerti. Dalam masa yang sama ada jejaka lain juga inginkan Azizah.

Adakah Jaafar akan menyertai pertandingan Tilawah untuk berdakwah atau untuk kemasyuran? Kita tunggu tayangannya nanti untuk mendapatkan jawapan.

Filem KALAM KALAM LANGIT yang mendapat sokongan dari Tourism Indonesia ini juga memaparkan keindahan semulajadi pantai dan pulau di sekitar Lombok, dimana keseluruhan penggambaran filem ini dilakukan di sini.

Filem ini akan mula ditayang di seluruh pawagam di Malaysia mulai 15 September 2016 manakala pelakon pelakon utama akan berada di Malaysia pada 1 September 2016 sehingga 5 September 2016 untuk tujuan promosi.

Filem ini dierbitkan oleh PUTAAR FILMS (INDONESIA), yang merupakan sebuah produksi yang aktif dengan penerbitan filem dan sinetron. Antara filem- filem terbitan mereka seperti KUN FAYAKUUN, PENGEJAR ANGIN, TAK SEMPURNA, GARUDA SUPERHERO, GENDING SRIWIJAYA dan banyak lagi. Selain filem dan sinetron, mereka juga terlibat dalam pemnikinan Iklan TV dan Pesanan Khidmat Masyarakat.

UTOPIA merupakan sebuah syarikat industri skrin utama di Malaysia , kami berhasrat untuk menyampaikan pengeluaran canggih dan pasca penerbitan, program televisyen, filem dan video pengedaran dan perkhidmatan hiburan. Sebagai peneraju pasaran, UTOPIA didorong oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang kompetitif.

Pasukan itu memberi tumpuan kepada menyampaikan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan skrin berterusan dan inovasi, manakala memberi tumpuan kepada meningkatkan ketersediaan, kesedaran, kebolehcapaian dan kemampuan kewangan, tenaga, intelektual dan modal sosial yang merupakan faktor utama.

Kini, Utopia akan bekerjasama dengan P.T. Puti Ayu Ardiani(PUTAAR) Filem Production untuk membawa filem Indonesia yang bertajuk KALAM KALAM LANGIT ke Malaysia. Filem ini bertemakan Islamik yang berbahasa Indonesia dan filem ini mengambil masa selama 105 minit. Filem ini merupakan filem arahan H Dhoni

SHUE ELLIS COMMUNICATIONS turut merupakan salah satu agency atau promoter official untuk filem Kalam Kalam Langit yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Syarikat ini terdiri daripada kumpulan yang berbakat dan professional yang mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang hubungan media, pemasaran muzik, seni, hiburan dan acara pengurusan. Syarikat ini bermula dengan event liga sukan bermotor, dan kemudiannya memutuskan untuk mengumpulkan bakat dan idea-idea yang lebih bernas untuk menjadi sebuah rangkaian professional yang mampu mengendalikan dan memberi perkhidmatan komunikasi yang lengkap.

Kalam – Kalam Langit berkisar tentang Jaafar yang sudah dididik membaca Al Quran semenjak kecil. Ibunya merupakan seorang bekas Qariah yang selalu menjadi juara di dalam pertandingan tilawah Al Quran. Ibunya bercita – cita agar anaknya Jaafar mengikut jejak langkah beliau. Namun hasrat itu ditentang keras oleh ayahnya. Ayahnya berpendapat yang ayat – ayat suci Al Quran bukannya untuk dipamer – pamer dan dipertandingkan. Ianya untuk dihayati dan diamalkan di dalam kehidupan seharian.

Setelah ibunya meninggal dunia, Jaafar kemudiannya menuntut di sebuah sekolah pondok di Cirebon. Walaupun dia sudah berjanji dengan ayahnya untuk tidak menyertai pertandingan tilawah, namun atas pujukan pengetua sekolah Jaafar akhirnya bersetuju untuk mengambil bahagian. Pada peringkat ini, Jaafar bergelut dengan nafsunya. Adakah dia menyertai pertandingan Tilawah untuk berdakwah atau hanya untuk kemasyhuran duniawi.

Dimas Setowardana atau lebih dikenali sebagai Dimas Seto merupakan pelakon sinetron dan film dari Indonesia. Dilahirkan pada 23 Julai 1979 (37) di Jakarta, dan mempunyai seorang isteri yang juga seorang pelakon, iaitu Dhini Aminarti. Dimas memulakan kariernya dengan memenangi Top Guess Majalah Aneka (1998). Kemenangan tersebut menyebabkan beliau menjadi bintang iklan di sana. Dari iklan, beliau berganjak ke dunia sinetron. Antara sinetron yang dibintanginya adalah “ABG”, “Jamilah Binti Selangit”, “Kutunggu Cintamu”, “Mukjizat Allah”, “Jangan Pergi Dariku”, “Cintaku Berat di Ongkos” dan “Penjaga Hati”.

Dimas juga meluaskan bakat lakonannya ke dunia perfileman dengan membintangi pelbagai filem di sana. Antara filem yang di bintanginya adalah “Pesan Dari Syurga”, “Selamanya”, “Rahasia Bintang”, “Aku Abaikan Istriku” dan banyak lagi. Bukan hanya dengan lakonan, beliau juga turut menyumbangkan suara di dalam album kompilasi 10 Male Sinetron Artist bersama rakan artis sinetron yang lain.

Meriza Febriani Batubara atau lebih dikenali sebagai Meriza Febriani anak kelahiran Bandung, lahir pada 16 Februari 1989 dan kini berumur 27 tahun merupakan seorang actress dan model dari Indonesia. Meriza memulakan kariernya sebagai finalis Gadis Sampul pada tahun 2005 sebelum mula dalam dunia perfileman Indonesia. Meriza Febriani juga merupakan model iklan-iklan komersial bermula dari majalah, surat kabar, dan juga television. Pada tahun 2013, Meriza membintangi sebuah filem yang berjudul Sang Kiai bersama dengan Adipati Dolken.

Elyzia Wardhina Mulachela dikenali sebagai Elyzia Mulachela berusia 20 tahun merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon Indonesia. Beliau pernah membintangi filem Perahu Kertas buat kali pertama (2012) dan juga Perahu Kertas 2 sebagai Luhde. Elyzia juga pernah membintangi Sepatu Dahlan (2014), Catatan Akhir Kuliah (2015) Udah Putusin Aja (2016) dan filem terbaru Kalam-Kalam Langit (2016).

Penyanyi dan pelakon ini juga turut menyanyikan OST Kalam Kalam Langit berjudul “Kurelakan Kau Mencintainya”. Peminat boleh mengikuti perkembangan Elyzia di akaun twitter dan instagram miliknya sendiri iaitu @ElyziaMulachela

Mathias Muchus merupakan seorang aktor senior Indonesia yang berumur 59 tahun dan lahir di Pagar Alam, Sumatera Selatan pada 15 Februari 1957.Mathias Muchus memiliki darah Minangkabau dari ayahnya yang berasal dari Solok, Sumatera Barat. Bakat lakonannya ditemui oleh Penulis Script Tatiek Maliyati yang saat itu sedang membantu suaminya sutradara Wahyu Sihombing membuat sinetron “Losmen” di TVRI pada awal 1980an. Di sana, Mathias Muchus beganding lakonannya dengan artis senior seperti Mieki Wijaya, Mang Udel dan juga penyanyi populer Dewi Yul.

Selain terkenal dengan karakternya sebagai Tarjo dalam sinetron “Losmen” di TVR1 di sekitar tahun 1980 itu, dia pernah memenangi Piala Citra pada Festival Film Indonesia pada tahun 1988 sebagai aktor terbaik di film “Istana Kecantikan”. Puncak prestasinya adalah meraih beberapa kali penghargaan aktor terbaik Festival Film Indonesia (FFI), disamping beberapa kali menjadi nominasi aktor terbaik FFI. Mathias Muchus akhirnya berkahwin dengan Mira Lesmana, yang merupakan produser film Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Larian PUMA NIGHT RUN 2016 Dapat Sambutan 10,000 Peserta

Yang Anda Patut Tahu Tentang Telemovie BISIK PADA LANGIT